ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 14 Oktober 2011

Suku Akhir Piala Malaysia Pusingan Ke Dua:Debaran 90minit malam ini


PENYANDANG juara Piala Malaysia, Kelantan di ambang penyingkiran pada edisi ke-85 jika gagal menyingkirkan cabaran Terengganu yang memiliki kelebihan jaringan dua gol pada pertembungan suku akhir kedua di Stadium Sultna Muhammad Ke IV, malam ini. Kelantan terdesak memburu kemenangan apatah lagi beraksi di gelanggang keramat yang perlu dimanfaatkan sebaik mungkin. Bagi Penyu, seri sudah memadai untuk meneruskan persaingan ke pusingan seterusnya.


Di Stadium Perak, Selangor bertandang ke Ipoh dengan bekalan selesa hasil kemenangan 3-1 di Shah Alam. Namun, peluang Perak masih belum terpadam kerana hanya perlu menjaringkan dua gol bagi memadamkan kelebihan defisit diperolehi Selangor. Sekembalinya lima tonggak utama dalam kem Seladang dijangka memberikan senario berbeza buat pasukan Yob malam ini.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, pasukan berstatus kelab dari Terengganu, T-Team tampil garang untuk sekali lagi menjinakkan sang Badak yang mereka tewaskan pada aksi pertama, Isnin lalu. Indra Putra Mahayuddin perlu disekat pemain pertahanan Sabah jika anak buah Justin Ganai berhajat memasang impin mara ke slot fasa empat pasukan terakhir kali ini.

Di Stadium Paroi, Negeri Sembilan bersedia mencuci aib selepas dipalit kekecewaan kalah 0-1 di Kelana Jaya kepada Felda United. Azraai Khor pasti mempunyai percaturan sendiri bagi membawa anak buahnya layak ke saingan separuh akhir tahun ini.

Debaran baki 90 minit bakal bermula lagi malam ini dan selepas itu, kita dapat melihat pasukan manakah yang bakal tersingkir untuk merebut pertandingan paling berprestij di negara ini. Sama-sama kita nantikan.[sumber]

*Cuak aku..Negeri sembilan kena menang 2-0 malam ni.. HOBEN JANG HOBEN..kih kih kih..

6 Pengkritik Yang Cuak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...