ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 15 Oktober 2011

Tuah dari menipu

Menipu bahawa dirinya hamil untuk satu projek sekolah membawa keuntungan berterusan kepada seorang remaja AS, Gaby Rodriguez.Berasal dari Washington, Rodriguez mendedahkan mengenai penipuannya pada sesi perhimpunan sekolah, April lalu semasa dia berusia 17 tahun.
Menurut Rodriguez, dia bertindak demikian untuk melihat reaksi masyarakat berhubung kehamilan dalam kalangan remaja.Projek tersebut menaikkan nama Rodriguez sehingga dia menjadi tajuk utama media antarabangsa, selain berpeluang muncul dalam rancangan bual bicara beberapa stesen televisyen.Kini, dia turut ditawarkan kontrak filem dan buku. Peguamnya, Anne Bremner berkata, setiap kontrak bernilai sekitar AS$100,000 (RM314,744).

Pada minggu ini, Bremner dan Rodriguez berkunjung ke bandar raya Vancouver, Negeri British Columbia untuk melihat sendiri penggambaran filem yang diolah berdasarkan pengalamannya, The Pregnancy Project.Dibintangi aktres Spykids, Alexa Vega, ia akan ditayangkan di saluran Lifetime awal tahun depan, serentak dengan penjualan bukunya.[sumber]

*Cuak aku..Terus dapat kontrak filem..Nanti makin ramai la yang nak menipu hamil ni..kih kih kih

16 Pengkritik Yang Cuak:

  1. idea dia tu yang unik, bukan semua orang fikir cam dia. ok la tu. Rezeki dia makin murah.

    BalasPadam
  2. kat Malaysia main sorok2 lepas tu buang bayi huhhhh

    BalasPadam
  3. lohhhh.. rezeki menipu gamaknye.. kih3

    BalasPadam
  4. banyak lagi penipu kat malaysia yang dah berjaya...hehe

    BalasPadam
  5. laaa.. mcm ni pun ada ka.. pelik2 la.. >.<"

    BalasPadam
  6. kalau dah kahwin...lagi orang seronok...nie bujang...memang ndak malu betul...bangga lagi tu

    BalasPadam
  7. heh?kalau org kite menipu macam ni dapat malu la kan..hehe

    BalasPadam
  8. huuhh...tak paham aq..rezeki menipu..nak buat apa kan..huhu~

    BalasPadam
  9. kalau orang melayu cer tipu2 kata hamil..
    memang kena pelangkung la dengan mak ayah..
    heheheh

    BalasPadam
  10. hish takkan sampai begitu sekali kot..kan jadi budaya ikutan pulak kat malaysia!huhuhu

    BalasPadam
  11. mmg cuak bace entry nie. HAHA. gile lah.. sggup nye pempuan nie buat projek cenggini.. lau hambe.. ermmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...