ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 22 Oktober 2011

7 perangai pelik Gaddafi

Muammar Gaddafi yang memerintah Libya selama 42 tahun kini menjadi sejarah dan bakal dikenang sebagai diktator yang didakwa menaja keganasan di negara luar.

Namun, di sebalik legasi itu, Gaddafi juga akan diingat sebagai tokoh yang suka melakukan perkara pelik.Laman sesawang ABCNews.com menyenaraikan tujuh keanehan utama yang dilakukan Gaddafi.

1)Khemah kalis peluru: Ketika berada di Tripoli, Gaddafi tinggal dalam kubu dilengkapi dengan rangkaian sistem terowong untuk menyelamatkan diri.Apabila berkunjung ke luar negara, tokoh berdarah Badwi itu membawa bersamanya khemah untuk dipasang di tempat difikirkan sesuai. 
 
Disebabkan set khemah kalis peluru itu terlalu berat, ia terpaksa diangkut menggunakan pesawat berasingan yang mengiringi ke mana saja Gaddafi pergi.Untuk menghidupkan suasana padang pasir, dia juga menambat seekor dua unta di luar khemahnya.

2)Pengawal anak dara: Nampaknya pengawal ini tiada ketika mereka sangat diperlukan apabila Gaddafi ditangkap kelmarin, tetapi biasanya tokoh itu dikelilingi 40 anggota terlatih sepanjang masa.Digelar sebagai Amazon, pengawal wanita itu dilaporkan semuanya masih dara dan mereka berikrar mempertahankannya sebelum menyertai pasukan berkenaan.Dilatih di sebuah pusat latihan wanita, pengawal terbabit dipilih sendiri oleh Gaddafi dan mengenakan mekap, kasut but bertumit tinggi.

3)Jururawat seksi: Selama sedekad, seorang jururawat Ukraine, Galyna Kolotnytska, sering dilihat berada di sisi Gaddafi.Digambarkan sebagai mempunyai bentuk badan mengghairahkan, Galyna didakwa seorang daripada pembantu paling dipercayai Gaddafi dan dipercayai menjalin hubungan romantik dengan diktator terbabit.Sejumlah jururawat Ukraine turut berkhidmat untuk Gaddafi dan mereka memanggilnya dengan gelaran “papa” atau “daddy”.

4)Jatuh hati kepada Condoleezza Rice: Pada 2007, Gaddafi menggelar bekas Setiausaha Negara AS itu sebagai “wanita kulit hitam Afrika yang dikasihi.”Ketika Condoleezza melawat Tripoli pada 2008, Gaddafi memberikan pelbagai hadiah bernilai AS$200,000 (RM629,880), termasuk cincin.Bagaimanapun, minatnya kepada wanita itu hanya terbongkar selepas pemberontak menawan Tripoli. Antara barangan yang ditemui di situ, satu album mengandungi puluhan gambar Condoleezza.

5)Takut menaiki pesawat dan lif: Antara alasan Gaddafi gemar membawa bersamanya khemah jika ke tempat lain adalah kerana bimbang terpaksa menggunakan lif untuk menginap di hotel.Melalui kabel diplomatik yang bocor, Gaddafi juga tidak suka berada di tempat tinggi dan enggan terbang lebih dari lapan jam.Jika perlu menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Gaddafi akan singgah bermalam di Portugal.Had maksimum anak tangga yang mahu dinaikinya hanyalah 35 langkah.

6)Bunga Bunga: Pada 2010, satu daripada aktiviti masa lapang Gaddafi didedahkan melalui laporan pendakwa Itali yang menyiasat salah laku Perdana Menteri Silvio Berlusconi.Menurut laporan, pelacur berusia 17 tahun yang dilanggan Berlusconi, Karima el-Magroug, mendakwa Perdana Menteri Itali itu mengaku “menggunakan formula Gaddafi” ketika mereka berfoya-foya.

7)Pakaian aneh: Ketika pemimpin negara berbaris untuk bergambar bersama, amat mudah mengenali Gaddafi kerana pemilihan pakaiannya yang berbeza daripada yang lain.Biasanya, Gaddafi mengenakan pakaian khas yang direka hasil gabungan di antara seragam tentera yang diubah suai dengan tradisi Badwi Afrika.[sumber]
 
*Cuak aku..

17 Pengkritik Yang Cuak:

  1. ala sepower or secnggih mne pown khemah ko..akhirnye ape jdy kt ko???

    BalasPadam
  2. ni bukan pelik lagi dah, ni menyusahkan namenye =.='

    BalasPadam
  3. Macam² punya perangai kan.. Akhirnya tumbang seorang pemimpin berkuku besi dalam keadaan menghinakan..

    BalasPadam
  4. tatau la betul ke tidak kan fakta ni...masalahnya aku x tatau sapa dia sehingga kuar berita pasal dia baru2 ni.

    BalasPadam
  5. knpa bodyguard dia suma anak dara?

    cam fishy ja...

    diorang tuh asa super power ka??

    tah hapa2...

    ngaaaa

    BalasPadam
  6. pelik sebab nak dikenali mungkin..hehe

    seganas2 die takut nak naik lif?huhu

    BalasPadam
  7. aih..takut naik lif..? serius pelik...

    BalasPadam
  8. During the reign of Gaddafi ...

    Libya has 6.5 million people, but has 14 million registered cars. If someone wants to study in any country in the world he (Gaddafi) applies and the state provides an apartement, food, car, free tuition and a monthly allowance of $ 2300.
    In Libya, water, electricity and gas are free and there are no taxes, loans are given without interest. If, within five years you can not pay off the loan, the government pays it off for you . If you want to buy a car you only pay 20-30% of the cost, and the rest is paid by the government. In Libya, for $ 10 you can buy 25 gallons of gasoline. In Libya, the food is practically free, 10kg of bread costs $ 0.15

    THINK ABOUT THAT, WOULD YOU ALL LIKE TO HAVE THAT IN YOUR COUNTRIES !

    Good for America since they will have more oil now in the reserve stock.

    Bad for National Transition Council since they did not understand the trap by Americans.

    A senior American named Qaddafi as "A lethal weapon for America."

    Qaddafi was the man who was committed to unite Muslims on one platform and has been punished in sake of doing so.

    BalasPadam
  9. sape nk tau cite sbnr psl gaddafi..klik kt cni..

    http://pejuangmelaka.blogspot.com/2011/10/rahsia-tersembunyi-yang-amat-digeruni.html?spref=fb

    BalasPadam
  10. yup ada gak bace kat paper kebaikan dia ni. rakyat dia dilimpahi duit.. means xbanyak tax etc.. walaupon dia diktator. tu apa yang aku bace la kan. hehe

    BalasPadam
  11. tolonglah jangan hina dia.orang dah takde.again,dia difitnah okayy.tapi ramai tertipu

    p/s:sila banyak membaca sebelum komen kutuk orang

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...