Di sebalik bencana alam yang melanda, rakyat Turki mendengar berita gembira, semalam, apabila pasukan penyelamat menarik keluar remaja lelaki berumur 13 tahun yang masih hidup dari bawah runtuhan pangsapuri, lima hari selepas gempa kuat melanda negara itu.
Remaja lelaki bernama Ferhat Tokay itu dilihat memakai pendakap leher dan dibawa ke hospital sejurus diselamatkan di bandar Ercis, iaitu kawasan paling teruk terjejas selepas gempa bumi berkekuatan 7.2 pada skala Richter menggegarkan Turki, Ahad lalu.
“Mula-mula kami ternampak tangannya, dan kemudian dia bercakap dengan kami dan memberitahu dia lapar serta dahaga. Saya tidak dapat menggambarkan perasaan saya pada waktu itu. Ia seperti sedang menyelamatkan anak saya sendiri,” menurut pegawai perubatan, Baris Dogan.
Sehingga kini, gempa bumi itu telah membunuh 570 orang dan mencederakan lebih 1,000 penduduk di timur negara itu.[sumber]
*Cuak aku..Lima hari terperangkap masih hidup..Memang mencuakkan..
subhanALLAH.itu lah dia!dia mempunyai azam yg kuat utk trus survive.tabik spring sama dia T.T
BalasPadam5 hari terperangkap tu...masih boleh hidup..semua tu kuasa Allah kan bro...(^^,)
BalasPadammmg seksa dia 5 hari tak makan dan tak minum..
BalasPadamumur dia panjang.. :)
BalasPadammungkin tak sampai lagi ajalnya...
BalasPadampergh..5 hari tu..
BalasPadammasih belum tiba ajalnya..semoga kejadian ini menginsafkan dia n kita jua
BalasPadamBertantang maut sebelum ajal.
BalasPadamalamak..xtaw pun pasal neh..lame x bace paper n tgok bite..huhuhu..
BalasPadamuishh..kalo yana 5 ari x makn cmne la ek~