Seorang wanita, Maria Elizabeth dari Kampung Garam, Daerah Kota Uneng di Wilayah Sikka, kelmarin, melahirkan seorang anak perempuan yang mempunyai kaki seperti ikan duyung.Bayi yang diberi nama Maria Oktaviani itu meninggal dunia pada jam 5 petang hari yang sama.Menurut Maria, ketika usia kandungannya masuk tiga bulan, dia bermimpi seekor ikan duyung datang kepadanya.
Dalam mimpi itu, ikan duyung itu berjanji kandungan Maria akan membawa rezeki yang melimpah untuk keluarganya dengan beberapa syarat.Yang pertama,Maria mesti menamakan anaknya itu Puteri Duyung Kedua,setelah dilahirkan,bayi itu mesti disimpan di dalam bekas. Manakala syarat ketiga, Maria tidak boleh menceritakan perjanjian mereka kepada sesiapa pun.
Kata Maria, sekiranya syarat itu dilanggar, seorang daripada anggota keluarganya akan menjadi korban. Menurut Maria, dalam mimpi itu, dia telah menolak permintaan untuk menamakan anaknya Puteri Duyung.
“Dalam mimpi itu, kami bertengkar di tepi pantai. Dia meminta saya menamakan anak saya Puteri Duyung tetapi saya menolak. Saya kata dia ikan dan kami manusia,” cerita Maria.Menurut Maria, dia telah menceritakan mimpinya itu kepada suaminya kerana ketakutan.
Mereka juga telah sepakat untuk menamakan anak mereka ‘Maria Oktaviani’ sekiranya bayi perempuan dan ‘Mario Oktaviano’ sekiranya bayi lelaki.Cerita Maria lagi, ikan duyung itu cuba untuk menyakinkan dia supaya tidak takut dan berkata bahawa anak dalam kandungannya itu akan membawa rezeki untuk mereka sekeluarga.[sumber]
*Cuak aku..
Kuasa ALLAH..
BalasPadammimpi dan kenyataan....suratan atau kebetulan? kepercayaan yg tidak boleh dipandang remeh..
BalasPadamish.. macam seram lak baca cter ni..
BalasPadamsubhanallah~ eh pesal blog dah lain??
BalasPadamwahh mimpi jadi kenyataan..subhanallah..
BalasPadamserius ke? takut la pulak...benda ni pon jadi jugak...serammmm woo
BalasPadammacam daaa perkara yg mencukkan kat sini...memang cuak laaa bro
BalasPadamerk tak nmpk pon ekor.knp dorg tak tunjuk.
BalasPadamhuhuu mimpi jadi kenyataan
BalasPadammacam cerita dongeng.. segala yg berlaku hanya dengan izin ALLAH
BalasPadamxde gmbr lgi jelas ke??
BalasPadamnak tgk...
kire disebab kan die lggr jnji, tu sbb anak die jdi cmtu ke??
err takot nih. hehe... serius first time dengar cter cmnie..
BalasPadamseram pula bila baca cerita ini
BalasPadamJEMPUT DATANG BLOG
susah nak percaya .. Allah je yang tau ..
BalasPadamwahh cerita benar ke ? :)
BalasPadamee takut nyew...
BalasPadamsyukuri apa yg ada,,hidup adalah anurgerah..
BalasPadamcube teka lagu ape heehehe
boleh berlakun cerita duyung part 2...
BalasPadamseram bace cite ni..huhu
BalasPadamsyirik tak kalau caye?
huhu tak nak caya boleh. huhu
BalasPadamhais!! macam2 kan sekarang???
BalasPadam