ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 12 Oktober 2011

Wanita bunuh ibu hamil diikat jamin RM3.13 juta

Sebuah mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak AS$1 juta (RM3.13 juta) ke atas seorang wanita, Annette Morales-Rodriguez yang berpura-pura mengandung sebelum menyerang dan membunuh seorang ibu yang sarat mengandung dengan menggunakan kayu pemukul besbol dan membelah perut mangsa dengan pisau untuk mengeluarkan bayinya.


Wanita yang mati itu, Maritza Ramirez-Cruz dan bayi yang dijangka dilahirkan pada minggu hadapan, mati dalam kejadian tersebut, menurut dokumen mahkamah yang difailkan kelmarin.Morales-Rodriguez, 33, menghadapi tuduhan membunuh dengan sengaja tahap pertama dengan menggunakan senjata serta membunuh janin dengan menggunakan senjata.

Menurut laporan siasatan, Morales-Rodriguez memberitahu teman lelakinya mahu mempunyai anak tetapi dia tidak mengandung.Wanita itu kemudian berpura-pura hamil dan apabila jangkaan kelahiran palsunya semakin dekat dia mencari wanita hamil.

Morales-Rodriguez kemudian mencari wanita yang hamil dan menemui Ramirez -Cruz di sebuah pusat perlindungan.Dia kemudian menawarkan Ramirez-Cruz menaiki keretanya dan berhenti di rumahnya dengan alasan untuk menukar kasut pada Khamis lalu.

Morales-Rodriguez kemudian bertindak membunuh Ramirez Cruz dengan kayu besbol sebelum membelah perutnya dengan tujuan untuk mengambil bayinya untuk dijadikan anaknya.[sumber]

*Cuak aku..Gila la..taksub sangat nak anak sampai sangup belah perut orang mengandung..

23 Pengkritik Yang Cuak:

  1. perghh..takde keperikemanusiaan langsung...sanggup buat macam tu demi nak dapatkan anak daripada ibu yg hamil...cuak aq..

    BalasPadam
  2. errkk.. mcm tu pun boleh?
    kecian org tu tak pasal2 mti

    BalasPadam
  3. kuajo betul lahhhhh .. apa bangs nye tu . adehss

    BalasPadam
  4. ada duit semuanya beres :)

    BalasPadam
  5. baru nk buat entry ni td.giler kan.

    BalasPadam
  6. zalim btul...nak nak dapat sanggup buat mcm tu.... cantik header baru arul yer...

    BalasPadam
  7. Ya Allah ngerinya...takut lah pompuan cm gini!

    BalasPadam
  8. gler kot pmpuan ni,kalo ta tade t'gamak nk wat cmtu kn?

    BalasPadam
  9. iskk ada jugak mcm nih!! ntah pe2..

    btw, thanks gtau.. actually sy nk buat utk tmpoh 24 jam.. xsagka pulak rupanya sy tak edit setting... pe2 pun thanks tau.. :-)

    p/s : dh hbs tmpoh 24jam nanti.. ltakla banner tu lagi.. hihii

    BalasPadam
  10. masalah mental buat dia tidak waras dalam segala hal...termasuklah membunuh... hmmm

    BalasPadam
  11. haish ape bende ni. geramnye aku

    BalasPadam
  12. huihh macam tu pun ade,haih

    BalasPadam
  13. dah kemaruk sangat nak anak ke ape lah org ni. kesian bayi dlm kandungan tu. =_=

    BalasPadam
  14. kes2 macam ni, nak keluarkan ayat2 kasaq ni, sabar2...perempuan ituuu...

    BalasPadam
  15. mmg patut dia xleh beranak sbb kalu ada ank ntah mcm mn la perangai dia

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...