ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 29 Oktober 2011

Kerani menang kuiz RM3.07 juta

Seorang kerani kerajaan dengan gaji bulanan cuma AS$130 (RM399) menjadi peserta pertama yang pernah memenangi AS$1 juta (RM3.07 juta) dalam rancangan kuiz popular di negara berkenaan.Kemenangan Sushil Kumar dalam kuiz Who Wants to Be a Millionaire versi India menjadikannya ikon kepada jutaan belia di India yang mahu membebaskan diri mereka daripada belenggu kemiskinan.
Kejayaan pemuda berusia 26 tahun yang berasal dari pedalaman negeri Bihar, timur India itu mirip plot filem popular 2008, Slumdog Millionaire.Filem tersebut yang memenangi beberapa anugerah Oscar, mengisahkan tentang seorang pemuda miskin yang menjadi kaya selepas memenangi kuiz berkenaan.

Kumar dan isteri yang baru lima bulan dikahwininya menangis semasa hos rancangan itu, Amitabh Bachchan, menyerahkan cek AS$1 juta kepada mereka selepas dia berjaya menjawab semua soalan dengan betul."Anda mencipta sejarah. Kecekalan dan keazaman anda membolehkan anda pergi begitu jauh dalam program ini," kata Bachchan.

Program yang dirakam pada Selasa lepas itu akan ditayangkan di India pada minggu depan.Bercakap mengenai kemenangannya, Kumar berkata, dia terpaksa menonton rancangan kuiz itu di rumah jiran kerana tidak mampu membeli set televisyen.Menurutnya, dia akan menggunakan sebahagian wang kemenangan tersebut untuk menduduki peperiksaan pentadbiran awam bagi menjamin masa depan yang lebih cerah. 

Sebahagian lagi wang tersebut akan digunakan untuk membeli kediaman baharu buat isterinya, membayar semua hutang ibu bapanya dan dijadikan modal untuk adik-beradiknya membuka perniagaan kecil.[sumber]

*Cuak aku...Tuah ayam dah naik harga sakng ni.. Tuah manusia siapa yang tahu..kih kih kih

11 Pengkritik Yang Cuak:

  1. Alhamdulillah,rezeki dia,.sesungguhnya Dia itu Maha Kaya dan memberi kepada sesiapa yang dikehendakiNya,.tuah ayam nmpk dikaki,tuan manusia tiada siapa yang tahu,.

    BalasPadam
  2. wah rezeki die...betol2 tuah ayam nmpk di kaki. tuah manusia siapa la tahu...


    bila kita nak jadi kaya raya ni arul!

    BalasPadam
  3. rezeki...
    tapi apa agaknya nasib chelsea malam ni...

    BalasPadam
  4. wah... rezeki itu x dapat dijangka kan???

    BalasPadam
  5. lepas ni mesti awek2 cun bolywood pakat dok cari si mamat ni...haha

    BalasPadam
  6. perghhh untung gila dia..awek2 mesti tngah usha dia pasni hehe..untungla dia hehe

    BalasPadam
  7. bagusnya manusia ni ialah dia ingt pada keluarganya bila dia kaya..bagus2..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...