Kajian terbaru menunjukkan tidur nyenyak dan mencukupi pada waktu malam penting untuk kecergasan fizikal dan mental tetapi kini masalah tidur tidak cukup semakin meningkat, dengan penyelidikan membuktikan seorang daripada setiap lima orang, berasa letih luar biasa dan seorang daripada 10 mengalami keletihan berpanjangan.
Bagaimanapun, ramai daripada kita menganggap tidur cuma satu komoditi. Kita tidak menghormati pengambilan tidur nyenyak mencukupi, menganggap ia seperti pengacau. Mendapatkan tidur nyenyak pada waktu malam tidak pernah dianggap penting, katanya.
Menurut kajian Universiti Warwick menunjukkan mereka yang tidur kurang enam jam sehari dan terganggu berisiko 48 peratus menghidap atau meninggal dunia akibat sakit jantung dan 15 peratus risiko menghidap atau mati akibat serangan angin ahmar.
Amalan tidur lewat dan awal pagi sebenarnya umpama bom jangka kepada kesihatan. Jadi, bertindak sekarang untuk mengurangkan risiko menghidap penyakit membahayakan nyawa seperti itu, kata penulis bersama kajian, Profesor Francesco Cappuccio.
Lelaki berusia lebih 65 tahun yang kurang tidur nyenyak yang cukup berisiko tinggi mendapat tekanan darah tinggi, menurut kajian terbaru Fakulti Perubatan Harvard. Kajian ke atas 784 pesakit, yang disiarkan dalam jurnal Hypertension, mendapati mereka yang kurang mendapat tidur nyenyak berisiko 83 peratus mendapat penyakit itu berbanding yang tidur nyenyak yang panjang.
Tekanan darah tinggi meningkatkan risiko serangan jantung, angin ahmar dan masalah kesihatan lain.
Kurang tidur menyebabkan tekanan pada tubuh, memaksa jantung berdegup lebih pantas, kata pakar. Namun tidur yang terlalu panjang, lebih sembilan jam, mungkin juga menjadi petanda kepada penyakit termasuk kardiovaskular.
Satu kajian ke atas 472 pesakit obes, yang disiarkan dalam International Journal of Obesity, membabitkan peserta memakan 500 kurang kalori setiap hari, disertai senaman kebanyakan hari. Mereka yang tidur terlalu pendek atau terlalu lama kurang kehilangan berat badan dalam tempoh enam bulan.[sumber]
*Cuak aku..lepas ni tak de dah nak BW lewat malam..kena jaga kesihatan.. kih kih kih
memang kurang sehat kalau tak cukup tido ni..tapi kalau dah isomnia..camne lak..adeshhh
BalasPadamape g,jom p tido..heheh..
BalasPadamerkkk.. kena insaf dh ni.. haha
BalasPadamshera cukup je tido.. alhamdulillah.. ^_^
BalasPadamtu lah . kesannya tak nampak masa muda . tengok tua nanti ..
BalasPadamaah.. pyakit susah nk tido mlm. suka berblogwalking.. ade ubat nye tak?
BalasPadamxleyh law aku tdo keje 2 asignment aku xsiap la
BalasPadamhuhuuhuh
bui selalu tidur sekitar jam 11,bgn pulak 5.30 pagi..cukuplah 6 jam..sekurang2 nya kan..hehe
BalasPadamhehehe.. cp telebih tido rasanya.. :P
BalasPadamingatkan hanya buat mata jd lebam je. huhu
BalasPadamartikel ni utk sy...da 2 mggu x tido ni
BalasPadamSaya pulak terlebih tidur,hee..
BalasPadam