ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 13 Oktober 2011

Waran tangkap untuk Bob Lokman

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan mendapatkan perintah waran tangkap daripada mahkamah terhadap penulis lirik, pelakon dan pengacara terkenal, Bob Lokman seandainya masih berdegil enggan hadir memberi keterangan.Pengarah Jais, Marzuki Hussin berkata, selebriti yang nama sebenarnya Muhammad Hakim Lokman, 47, itu juga melakukan kesalahan lain jika enggan mematuhi perintah hadir terhadapnya.


Bob Lokman ditahan mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Islam (Negeri Selangor) 2003 iaitu ceramah tanpa tauliah.

Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 menyebut: “Mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara mengenai agama Islam tanpa tauliah diberikan mengikut Seksyen 118 adalah melakukan kesalahan dan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.” Disebabkan enggan hadir memberi keterangan dengan sengaja pula, selebriti itu melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12B Enakmen Jenayah Syariah Selangor.Jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 12B Enakmen Jenayah Syariah Selangor itu, boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.[sumber]


*.Ada benar jugak kata2 dari pengomen ni kat entri ini 
Cuma bagi aku kalau makcik2 yang berniaga goreng pisang tepi jalan tu jangan lah pihak majlis perbandaran nak kacau..memang la tau makcik2 tu tak de lesen tapi bagi la diaorang berniaga kecil2lan..Banyak lagi bisnes yang besar tapi tak de lesen kenapa tak ambil tindakan tegas..ada tu yang berkali2 diserbu..Aku bukan kata berniaga tanpa lesen tu boleh ..tapi guna budibicara dan tengok pada situasi. Macam kes bob ni dah berapa ramai yang buat aduan yang dia tu buat ajaran sesat.Tapi nak buat macam mana.Undang2 tetap undang2.Seeloknya lepas ni bob lokman ambik lesen la kalau nak berceramah.

*Cuak aku..Aku tak de nak politikan pun isu ni..Harap penahanan bob ni bukan la pasal politik.. kih kih kih

15 Pengkritik Yang Cuak:

  1. Harap2 bukan ajarn sesat y dsampaikan beliau

    BalasPadam
  2. huhu artis memg suka berlagak pandai..

    BalasPadam
  3. salam;
    kita bukan tuhan nak hukum sesorang walaupun dia ajar ajaran sesat..tapi mcm mana kalau diajar yang betul..berdosa besar kita yang tuduh dia ajar sesat..kita belum tentu tahu siapa yg sesat siapa tidak sekarang ni..

    BalasPadam
  4. salam ziarah,bagusnya jika artis boleh berubah macam Bob Lokman, kita pun siapalah nak adili orang lain, hidup untuk memberi,nasihat buat orang lelaki kalau nak pilih kawan pilihlah yang ke masjid, atau pun nak pilih kawan di kelab malam? Memang perlu tauliah, sbagai asasnya,tapi Selangor memang negeri panas sekarang nie, pantang silap sikit.

    BalasPadam
  5. serius cuak huhuuu...macam2 hal sekarang ni da

    BalasPadam
  6. Bob bukannya buat kesalahan memesongkan agama...benda ni pun nk perbesar...patut xperlu sampai mahkamah...bleh slow talk jerk...

    nFx
    noframex.blogspot.com

    BalasPadam
  7. sebaiknya ambik lesen..
    bukan nak tuduh dia ajar ajaran sesat cuma zaman sekarang ajaran sesat banyak sangat..

    BalasPadam
  8. undang-undang tetap undang-undang...ikut sajalah....depa nak tauliah , kita ikut syaratnya...bukan susah mana pun...

    BalasPadam
  9. ha,ah..law is law..
    eh spiking london pulak..hehe

    BalasPadam
  10. tetiba rs nk g dgr plak ceramah dia...

    BalasPadam
  11. kalau sorang tak patuh undang-undang,
    ramai pula yg ikut.
    so semua sekali patut patuh undang-undang.

    BalasPadam
  12. kalau dia puak UMNO insyaAllah,dia tak akan ditangkap punya..

    apapun undang2 harus dipatuhi,nanti kena tangkap kalau cabuli ia..

    BalasPadam
  13. eh betul ke dia membawa ajaran sesat...takutnya... cian juga kat dia kalau fitnah...

    TIPS BELOG BUAT SEMUA BLOGGER BARU

    SIAPA PEMBACA BERTUAH KE 100,000?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...