ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 12 Oktober 2011

Superhero kena tangkap polis

Seorang lelaki yang memakai kostum adi wira dan menggelarkan dirinya sebagai Phoenix Jones untuk mengawal jenayah memakan diri apabila dia ditangkap pada Ahad lalu kerana menyerang beberapa orang dengan menggunakan semburan lada.


Menurut polis kelmarin, adi wira berusia 23 tahun itu atau nama sebenarnya Benjamin John Francis ditahan di sebuah penjara daerah atas empat tuduhan melakukan serangan dan akan dihadapkan ke mahkamah esok.Mengulas mengenai penangkapannya, Jones yang berbadan sasa dan memakai topeng hitam berbelang kuning bersama sut ketat berkata, ketika kejadian dia hanya cuba untuk meleraikan satu pergaduhan jalanan.

Namun, dalam akaun Facebooknya, Jones menyatakan bahawa dia tidak sesekali akan menyerang atau mencederakan orang lain sekiranya mereka tidak menyebabkan kecederaan kepada manusia lain.Dia juga menyiarkan satu klip video insiden berkenaan bagi membuktikan dia tidak bersalah.Jones yang digelar adi wira Seattle popular dalam kalangan penduduk bandar raya ini kerana keberaniannya mencegah jenayah bersama orang kanannya, Ghost.[sumber]

*Cuak aku..Kesian superhero ni..tak pasal2 kena tangkap..kih kih kih..

12 Pengkritik Yang Cuak:

  1. ini superhero tak diiktiraf .. heheh :)

    BalasPadam
  2. ini btol2 real punya superhero..tabik laa..

    BalasPadam
  3. hmm, boleh tahan dia ni, tapi part time jer la kot. Kalo full time mesti kene cari penaja ni, letak gambar atas belakang..ekeke

    BalasPadam
  4. kena tahan hshaa superhero xixiii

    BalasPadam
  5. fuhhhh ingat kan dlm filem je ada.rupanya btol2 eh.

    BalasPadam
  6. dunia realiti pun ade superhero ke??huhuhuh..


    kat Malaysia ade x??

    BalasPadam
  7. topeng dh mcm spawn..tapi sekali kat atas kepala ada getah spender daa.haha

    BalasPadam
  8. sueperhero pon kene tgkap ke.. kesian

    BalasPadam
  9. aihhh...superhero pon kena tangkap jugak ke..kesian superhero ni..kena tangkap..haha~

    BalasPadam
  10. tak pasal2 kena tangkap. hahaha superhero syok sendiri la tu..hee

    BalasPadam
  11. superhero mende nyer...superkatak ada la

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...