ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 23 Oktober 2011

Kes mahkamah paling lama

Kes yang disifatkan oleh pihak berkuasa brazil sebagai amat rumit kerana mengambil masa selama 25 tahun sebelum penghakiman dapat dibuat.Pendakwa raya negeri Sao Paulo, Marcio Friggi de Carvalho memberitahu, kes itu timbul pada 16 Disember 1986 apabila ketua sekolah perubatan Universiti Taubate menyedari sebuah hospital gabungannya melakukan beberapa pembedahan pemindahan ginjal tanpa pengetahuannya.
Kalume kemudian memeriksa rekod berkaitan pembedahan-pembedahan tersebut dan menemui unsur-unsur mencurigakan.Beliau seterusnya melakukan siasatan terhadap pasukan doktor berkenaan dan menyerahkan bukti yang ditemui kepada Majlis Perubatan Persekutuan iaitu agensi yang memantau dan mengeluarkan lesen amalan perubatan kepada doktor-doktor perubatan di Brazil, kata Carvalho. 

Kes tersebut katanya diambil alih pihak polis sehingga membawa kepada penangkapan keempat-empat doktor berkenaan.Akhirnya tiga doktor di Brazil didapati bersalah membunuh empat pesakit dengan mengeluarkan organ mereka yang kemudian digunakan dalam beberapa pembedahan pemindahan organ di sebuah klinik swasta untuk golongan elit.

Hakim Negeri Sao Paulo, Marco Montemor menjatuhkan hukuman penjara 17 tahun dan enam bulan masing-masing terhadap Dr. Rui Sacramento, Dr. Pedro Torrecillas dan Dr. Mariano Fiore.Sacramento dan Torrecillas didakwa melakukan pembunuhan kerana mengeluarkan kedua-dua ginjal beberapa pesakit dan menyediakan organ tersebut untuk dipindahkan.

Fiore yang merupakan seorang pakar bedah saraf pula didakwa bersama seorang konconya kerana tersilap mengisytiharkan beberapa pesakit mengalami mati otak dan meluluskan pengeluaran organ mereka.Seorang lagi pakar bedah saraf yang didakwa dalam kes berkenaan, Antonio de Carvalho Monteiro meninggal dunia tahun lalu.

*Cuak aku..Lama kes ni kat mahkamah..kalau di malaysia 5 kali pilihanraya baru selesai..kih kih kih

11 Pengkritik Yang Cuak:

  1. Aku turut merasai kecuakkan bro Khairil..huhu

    BalasPadam
  2. berapa kali tukar hakim ni ?? hehe

    BalasPadam
  3. salam;
    Ingatkan kes liwat Anuar paling lama.!!

    BalasPadam
  4. salah guna kuasa amalan perubatan..cuak!

    BalasPadam
  5. sampai 25 tahun, bape la duit pakai untuk kes ni..hakim pun mesti banyak kali dah tukar..kui3

    BalasPadam
  6. 25 tahun..? pergghhh..lama tu...aq pun belum lahir lagi masa kes ni start...haha~

    BalasPadam
  7. hah..lamanya smpi 25 tahun..dr baby smpi leh jd ma bpk org hehe :)

    BalasPadam
  8. mak aii..lamanyaaaa..aku pun belum 25 tahun.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...