ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 2 Mei 2011

Bila perhentian bas batuk



SEBUAH perhentian bas yang mengeluarkan bunyi batuk di Britain.



LONDON - Pihak berkuasa kesihatan Britain akan membina perhentian bas baru yang mengeluarkan bunyi batuk berkahak perokok apabila orang ramai mendekatinya, lapor sebuah akhbar semalam.
Perhentian bas itu yang menelan belanja £1,200 sebuah (RM5,939), dilengkapi cip sensor yang dapat mengesan kehadiran manusia seterusnya mengeluarkan bunyi manusia sedang batuk.

Setakat ini, sebanyak 15 buah kemudahan itu telah dibina dalam fasa percubaan di seluruh Britain, terutamanya di kawasan yang banyak mencatatkan kes kanser paru-paru.
Pembinaannya merupakan sebahagian kempen antimerokok di negara itu bagi menggalakkan perokok yang mengalami batuk berpanjangan supaya menjalani pemeriksaan kesihatan.
"Tempat perhentian bas unik ini merupakan kempen iklan kesihatan baru yang dapat menarik perhatian orang ramai," kata seorang pegawai kesihatan, Dr. Phil Sawyer.[kosmo]

*agak2 kalau perhentian tu terperesin tengah2 malam.. kena pulak yang ada sakit jantung..kong terus ni.. cuak aku..

4 Pengkritik Yang Cuak:

  1. agak2, kerajaan MY ada x duit nk wat cm ni?? ke, duit yg ada, lg bek salur kt tempat len.. lepas wat kempen xnk mknan yg x sehat kt skolah, bus stop ni pon kena wat gak.. ni port kedua student lepak smbil mrokok.. mrokok membahayakan ksihatan gak kn? bukan nasik lmak je? hehehhe


    gadjet superb

    BalasPadam
  2. bagus idea cik gelong tu..rokok lagi bahaya dari nasi lemak..sbb libat org tk merokok sekali tu.. lepas ni kena bus stop bleh rotan pelajar hisap rokok trus..hehe

    BalasPadam
  3. bus stop sebat pelajar merokok...
    hurmm.. best la idea 2.. tp, law pakcik2 yg dah bongkok 3 isap rokok daun gulung pon kena sebat gak mcm ne?? naya 2! hahahha

    BalasPadam
  4. hahaha..da diprogrm kan bus stop tu ,student sahaja..hehe..
    dan setiap pagi bus stop tak batuk lagi..tp bercakap pasal kempen xnk mknan xsihat disekolah.hahaha..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...