WASHINGTON, 2 Mei — Pengasas dan pemimpin rangkaian Al-Qaeda Osama bin Laden telah terbunuh dalam satu serangan Amerika Syarikat (AS) di Islamabad, Pakistan, demikian disahkan oleh Presiden Barack Obama pagi ini (waktu Malaysia). Jenazah Osama yang
menjadi buruan AS sejak lebih satu dekad lalu ditemui di sebuah rumah besar di ibu negara Pakistan selepas dipantau sejak tahun lalu.
Obama mengesahkan laporan itu menerusi satu ucapan disampaikan ke seluruh negara itu (sekitar 11.30 pagi ini, waktu Malaysia).[malaysia]