HECHI, China - Seorang bapa, Lu Tan menyeret seorang anak lelakinya keluar dari sebuah kafe Internet di sini selepas membogelkannya, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Dia menyerbu kafe Internet itu baru-baru ini dan menyeret anaknya di hadapan rakan-rakannya.
Seorang saksi berkata: "Dia (Tan) memukul budak itu yang menangis meminta belas kasihan. Namun, bapa budak itu mahu memberitahu semua orang bahawa anaknya tidak berguna dan menyeretnya ke rumah setelah membogelkan dia dengan kedua-dua tangannya diikat."
Dia menyatakan beberapa anggota polis tidak bertindak campur tangan walaupun selepas mereka dihubungi untuk membantu budak tersebut.
Saksi itu menjelaskan bahawa budak berkenaan didakwa mencuri wang untuk digunakan bagi melayari Internet.
Tan berkata, dia bertindak memukulnya kerana tidak mahu kehidupan dia dirosakkan oleh Internet.
Menurutnya, ibu budak itu meninggal dunia semasa dia berumur sembilan bulan.
"Saya sudah membesarkannya. Saya bekerja keras untuk membiayai keluarga," kata Tan. [kosmo]
*Cuak aku..memang betul sayang anak tangan tangan kan tapi tak boleh la sampai memalukan..kadang2 masalah remaja yang terpengaruh dengan rakan sebaya punca sebenarnya bermula dari rumah..perhatian dan kasih sayang ibubapa kurang kerana leka berkerja...duit bukan segalanya..
Ya Allah..kesiannya kat budak tu..T_T
BalasPadamtrauma budak tu
BalasPadambahaya ni..nyak lagi cara lain..cuak aku..
BalasPadammungkin budak tu dah sampai tahap ketegaq dah tak makan ajaq...salah bapak tu juga...
BalasPadamgarang nye bapak dia nih.Cian lak tgok.Nak mengajar biar al btol cara.Tapi bila kemarahan dah menguasai diri xleh nak kata apa la.
BalasPadam