ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 19 Mei 2011

Firaun dulu kena sakit jantung



firaun dibawa ke hospital,setelah mengadu sakit dada malam kelmarin dikediamanya dimuzium....


Berita mencuakan kali ni pasal seorang puteri Mesir yang hidup di antara 1580 dan 1550 Sebelum Tahun Masihi merupakan manusia pertama dalam sejarah diketahui menghidap penyakit jantung koronari.
Penyakit itu dikesan menerusi imbasan komputer yang memberikan imej terperinci ke atas mumia Puteri Ahmose-Meryet-Amon yang meninggal dunia semasa berumur dalam lingkungan 40-an.


Menurut Persatuan Kardiologi Eropah, puteri itu didapati mempunyai aterosklerosis atau satu pengumpulan bahan lemak di dua dari tiga saluran koronari.
"Pada hari ini, dia mungkin memerlukan pembedahan pintasan jantung," kata ketua analisis mumia itu, Gregory Thomas yang juga Pengarah Pendidikan Nuklear Kardiologi di Universiti of California di Irvine, Amerika Syarikat menerusi telefon.
Menurutnya, dia berasa terkejut dengan jumlah pengumpulan lemak yang ditemui itu.
Separuh daripada mumia yang dikaji itu menunjukkan terdapat tanda-tanda pengapuran dalam saluran arteri yang menunjukkan tanda aterosklerosis.
Purata kematian mumia itu ialah kira-kira 45 tahun. [kosmo]

*Nak tau mengapa putri ni  manusia pertama dikenalpasti dapat pnyakit jantung..kerana dia je ada mumia.bleh la kaji2 apa pnyakitnya dulu..entah2 sebelum putri tu  rakyatnya dah ramai mampus pasal penyakit kencing manis ,darah tinggi,pnyakit kuku dan mulut  tapi tk dpt dikesan kerana diaorg ni kan dulu guna tabib..mana la tau pnyakit2 mcm tu..pasal sihir tabib firaun tau la...lagipun dulu zaman firaun ada ke doktor..nak jumpa klinik mcm klinik 1malaysia pun susah..kedai runcit yg ada jual penadol pun belum tentu ada lagi..cuak aku..

2 Pengkritik Yang Cuak:

  1. erk . sakit jantung upenye firaun ni . padan muuka . tu laa jahat lagi . hee

    BalasPadam
  2. uishhhhhssssss gile ah...takmo tgk.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...