Bintang gusti terkenal era tahun 1980-an dan sezaman dengan Hulk Hogan, Randy 'Macho Man' Savage telah pun selamat bertemu undertaker selepas terlibat dalam satu kemalangan kerana diserang sakit jantung ketika memandu.
Berusia 58 tahun, kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya dikatakan hilang kawalan sebelum melanggar sebatang pokok pada pukul 9.25 pagi waktu tempatan.
Isterinya, Lynn Payne yang dikahwini sejak Mei tahun lalu turut berada di dalam kenderaan sama. Payne bagaimanapun selamat dengan hanya mengalami cedera ringan.
Macho Man yang nama sebenarnya ialah Randy Mario Poffo cukup terkenal dengan fesyen pakaian berwarna terang, topi koboi dan ungkapan 'Ooh yeah!'. Memulakan kerjaya sebagai ahli gusti profesional pada tahun 1985, Savage telah memenangi lebih 20 gelaran dalam pertandingan gusti WWF, WCW dan WWE. [kosmo]
*Cuak, aku..Kali terakhir tengok mancho man dilayar perak dalam film spaiderman..
kalau orang bukan islam mati..kita kena sebut apa eh??hehhe
BalasPadamtk tau la bro..RIP kot..
BalasPadammacho2 pun mati jugak.....
BalasPadamhaha..yg superman pun kong..ni kan macho man..
BalasPadam