ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 9 Mei 2011

Harga gula naik 20 sen esok


Harga gula akan naik 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa esok (10 Mei).

Penyelarasan subsidi itu akan membolehkan kerajaan berjimat sebanyak RM116.6juta.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mohd Zain Mohd Dom, kenaikan itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Ekonomi pada hari ini.
"Langkah ini adalah selari dengan strategi jangka panjang kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi secara berperingkat-peringkat," kata Mohd Zain.

Jelasnya, walaupun perubahan harga runcit dibuat, ia adalah lebih rendah berbanding negara serantau, termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.
Beliau malah menyebut harga gula di negara-negara berkenaan sebagai perbandingan.Kali terakhir harga gula naik pada 4 Disember lalu, sejajar dengan kenaikan Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG). Kenaikan yang dikenali sebagai "4-dalam-1" itu menimbulkan kemarahan banyak pihak, termasuk mewujudkan beberapa siri bantahan, terutamanya sekitar Kuala Lumpur. [malaysiakini]

*cuak  aku ..ni mesti harga gula dunia naik ni tak pun harga tebu dunia naik.hehehe..tu pasal la malaysia kena naik kan harga gula..subsidi kerajaan dah banyak jangan bebankan kerajaan lagi..lepas ni kempen kurangkan gula dalam minuman tmbahkan manis dlm senyuman akan bertambah.. iklan2 pnyakit kencing manis juga akan berluluasa. makcik2 pakcik2 yg berniaga kuih tu jngan risau kuih anda tetap laku kalau kurang gula pun..yang nak buat kenduri kawin pegi mintak gula kat majlis perbandaran...hahaha..harap maklum....

4 Pengkritik Yang Cuak:

  1. perhh . memang cuak . hahaa , so lepas ni kurangkan manis dalam gula dan manis dengan senyuman . senyum tak perlu kata apa2 ..

    BalasPadam
  2. balik2 alasan lebih murah dr negara2 serantau...
    pasni makin giat la kempen kurangkan gula dlm makanan / minuman...huh!

    BalasPadam
  3. yup btul tu moon..tu je modalnye..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...