ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 28 Mei 2011

Sotong ramal United menang


Tadi baca utusan ada plak lagi seekor sotong kurita 'psikik' yang dinamakan Iker, meramalkan kemenangan akan memihak Manchester United pada final Liga Juara-Juara di Stadium Wembley, hari ini.
Ramalan itu diperoleh selepas Iker memilih untuk memakan ikan sardin di dalam silinder kaca yang dihias logo United, bukannya silinder yang mempunyai logo Barcelona di Akuarium Sea Life, selatan Benalmadena.
Namun Barca tidak perlu gusar dengan ramalan Iker, kerana ketepatan ramalannya diragui.
Sebelum ini, Iker membuat ramalan salah apabila memilih Real Madrid akan ke final di Wembley.
Sotong yang dinamakan sempena penjaga gol Real, Iker Casillas, dua kali membuat ramalan tepat, iaitu pertembungan Real dan Barca pada final Copa del Rey, 20 April yang berpihak Real dengan kemenangan 1-0 serta keputusan seri 1-1 kedua-dua pasukan dalam aksi liga empat hari hari sebelum itu.
Pada Piala Dunia di Afrika Selatan tahun lalu, seekor sotong kurita Paul dari bandar Oberhausen, Jerman terkenal di seluruh dunia apabila kesemua ramalan yang dibuatnya melibatkan pasukan Jerman, termasuk final yang dimenangi Sepanyol adalah tepat.
Paul mati pada 26 Oktober, 2010.[utusan]

*Cuak aku..sotong ni pulak nak jadi bomoh..bantai la....pagi esk aku tak sokong mana2 pun..sebab dua2 team tu ada sejarah dengan chelsea..hahaha,,,mana2 yang menang tahniah la..

7 Pengkritik Yang Cuak:

  1. sokongla manchester united..geng BPL.tuh...xkan bro sanggup tengok team sepanyol culik piala tuh hehe..:)

    BalasPadam
  2. ok2...aku sokong Man.utd...atas sbb world aku sokong england..kih kih kih...

    BalasPadam
  3. glory2 man united! ahaha.. subuh bersengkang mata.. ahaha.. chelsea fans g tidur.

    BalasPadam
  4. harrazdani - harap2 tragedi 2 tahun lepas x berulang....huhu..fan chelsea sokong MU yer.

    BalasPadam
  5. aku confirm tak tgk malam ni...hehe..

    BalasPadam
  6. aku pun tgok jugk bro..jom lepak mamak sama2 bru meriah..hehehe

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...