Hari ini keadilan melaporkan kenyataan Pertubuhan Lawyers For Liberty yang menganggap perbicaraan kes Fitnah 2 membabitkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan sandiwara semata-mata untuk memenjarakan pemimpin pembangkang itu.
Dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, LFL mengulas keputusan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang memutuskan Anwar perlu membela diri dalam kes tersebut.
“Bagaimana hakim boleh membuat kesimpulan pengadu Saiful Bukhari ada kredibiliti dan saksi yang berwibawa bila dia secara serius memberikan keterangan bercanggah dan bukti yang amat mencurigai malah mempunyai hubungan sulit dengan salah seorang pendakwa kes?,” soalnya.
Menurut LFL, Saiful malah memberi keterangan di mahkamah yang dia berjumpa dengan para pegawai kanan polis dan ahli-ahli politik tertinggi Umno, termasuk Perdana Menteri dan isterinya, sebelum membuat laporan polis terhadap Anwar.
“Apakah itu tidak cukup untuk mewujudkan satu keraguan munasabah mengenai kes itu?,” soalnya lagi.
Tambahnya, dari awal kes lagi pendakwa dan hakim sentiasa menghalang usaha pihak peguam mendapatkan dokumen penting termasuk nota perubatan dan dokumen berkaitan laporan kimia dan DNA.
“Bagaimana boleh ini dipanggil satu perbicaraan adil dan bebas?,” ujarnya lagi.
LFL berkata, sistem keadilan jenayah di Malaysia sekali lagi dipergunakan sebagai alat untuk menindas dan menentang politik pembangkang.
“Kes ini menunjukkan contoh jelas ketidakjujuran dan kerjasama antara aparatus negara, kehakiman, polis, peguam negara dan agensi kerajaan seperti Jabatan Kimia dan hospital yang menyalahgunakan pembuktian untuk mensabitkan Anwar dalam apa juga cara,” katanya.[keadilan]
Memang tidak mencuakan mahkamah malaysia..tapi apa boleh buat kuasa kerajaan lagi tinggi.. tak percaya baca ini pulak [Najib jumpa Ketua Hakim Negara selama 6 jam?]
Adakah anda cuak..percayalah mahkamah malaysia tidak mencuakan lansung pun..dah tau dah..
emmm aku pun dah x berapa respek dah mahkamah sekarang ni bila membabitkan pembicaraan ahli politik...xpe2 lepas didunia, akhirat konfirm telanjang semua segala dosa
BalasPadambtul tu bro...bukn pasal kes anwar tp sapa2 yang melalui perbicaraan yg tak adil patut dibantah.. terang2an merepek2 apa nak jd ni..bila ramai peguam2 dan yg berpendidikn tinggi menyokong pembangkang tak heran lah la kan..
BalasPadam