Berita mencuakan kali ni aku pilih yang ni..kenapa? sebab ibu budak ni memang bangang,tak pun sakit mental..sampai sangup buat keja bodoh kat anaknya sendiri..korang baca lah sendiri dan baru tau kebodohan tindakan ibunya..
Pihak berkuasa San Francisco sedang menyiasat seorang ibu yang mengakui memberikan suntikan botox antikedutan kepada seorang anak perempuannya yang berusia lapan tahun yang menyertai pertandingan kecantikan, lapor sebuah akhbar semalam.
Seorang ahli kecantikan sambilan, Kerry Campbell mendapat kecaman ramai setelah dia menyuntik wajah anaknya, Britney dengan botox bagi menghilangkan kedutan yang muncul di wajah gadis itu ketika dia tersenyum.
Kerry mendakwa dia hanya memberikan rawatan itu ketika anaknya menyertai pertandingan kecantikan.
Wanita itu menegaskan bahawa anaknya itu meminta dia disuntik dengan botox.
Bagaimanapun, seorang pakar psikiatri, Dr. Charles Sophy berkata, ibu kanak-kanak berkenaan menghadapi risiko serius kerana merosakkan kehidupan anaknya berdasarkan aspek fizikal dan psikologi.
Suntikan botox amat menyakitkan dan tidak disyorkan untuk dilakukan ke atas perempuan di bawah umur 18 tahun.[kosmo]
*Biarpun tindakan itu atas permintaan anaknya, ibu budak tu tak patut mengikut kehendak gila anaknya..kan tak pasal2 kena kecam..lain kali berfikir sebelum bertindak..
ush ....merosakkan muka je
BalasPadamya Allah.apa ke bijak sgt maknya tu,sabo jelah kan.
BalasPadambijak tahap gaban ni..hehe
BalasPadamelok2 cantik muka anaknya bertmbah parah nnt tu..
BalasPadamerk.....gile...
BalasPadammak aih , pandai bebenau mak dia . cuak weh !
BalasPadammak yang nak cantik sebenarnya tu..tp botox pun tk leh nak ubah dah...tu yg buat kat anak pulak..
BalasPadamsebab nak cantik punya pasal.. budak tuh mungkin xtao apa..
BalasPadam