ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 6 Mei 2011

Tarikh PRU-13 Najib berkait angka 11?

KUALA LUMPUR, 6 Mei — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencetuskan teka-teki bahang pilihan raya umum ke-13 dengan berkata ia mungkin diadakan pada satu tarikh atau bulan yang mempunyai nombor kegemarannya, 11.

Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional, berkata kesukaannya pada nombor itu menyebabkan ramai pihak meramalkan bahawa pilihan raya umum kali ini akan diadakan pada 11 November ini.
Desas-desus menyebut pilihan raya umum kemungkinan diadakan Ogos atau November ini.
Beliau berkata demikian ketika menjadi jemputan khas program pagi stesen radio Hot.fm di Sri Pentas di sini hari ini.

*no cantik 11.11.11 elok la adakan pru cepat2..tak payah nak teka teki ni..cepat jugak tumbangnya kerajaan..amin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...