ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 24 Mei 2011

RON95 dijangka naik 20 sen bulan depan

KUALA LUMPUR, 24 Mei — Harga petrol RON95 dijangka mengalami kenaikan 20 sen bulan depan, mencecah RM2.10 seliter, selepas kos subsidi meningkat tiga kali ganda kesan pergolakan politik di rantau Timur Tengah dan utara Afrika, demikian menurut AmResearch. Firma penyelidikan pelaburan itu menganggarkan Putrajaya kini memperuntukkan subsidi sehingga 90 sen seliter bagi petrol RON95 berbanding  30 sen seliter yang disasarkan selepas harga minyak mentah dunia naik sehingga AS$99 setong daripada AS$79 setong tahun lalu — hampir sama dengan paras AS$100 setong pada 2008.


“Kesemua faktor menunjukkan ke arah kenaikan harga RON95,” kata firma itu sambil menambah, dengan mengambil kira kenaikan berterusan harga global bagi minyak mentah dan kemungkinan naik lagi pada masa depan, kerajaan kini tersepit antara mengamalkan urus tadbir fiskal seimbang dan keperluan menggambarkan ia mengambil berat tentang kebajikan rakyat.
Justeru, AmResearch berkata kerajaan boleh memberi rebat dan menyusun semula skim saraan sektor awam untuk membantu kumpulan berpendapatan rendah, yang dihimpit dengan beban pemotongan subsidi.
Semalam, Ismail Sabri berkata, kerajaan pusat akan mengumumkan perkembangan langkah rasionalisasi subsidi termasuk pelarasan harga petroleum minggu ini.
Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata kerajaan akan menyediakan kaedah paling sesuai untuk mengurangkan beban rakyat ekoran kenaikan itu.[malaysia insider]

*Pandai2 lah kerajaan buat pilihan..sebelum ni kata takrif eletrik pun akan di naikan jugak..tapi dlm kajian lagi..jangan eletrik dan petrol naik serentak sudah la....klau tak..  baru lah betul rakyat diutamakan..hehe

5 Pengkritik Yang Cuak:

  1. k..aku caya sabri akan cari jalan..hahaha..bro caya?

    BalasPadam
  2. aku caya jugak bro..caya yg dia akan mnyusahkn rakyat..

    BalasPadam
  3. cuak aku bro....minyak nak naik lagi... lepas ni beli kabat banyak2 bubuh dalam tangki...

    BalasPadam
  4. aku beli beskal pas ni..kayuh je..tk pakai minyak..klau hrga beskal dunia naik baru beli keta sorng lak..hahahaha

    BalasPadam
  5. naik lagi ? gile ah . tak yah naik keta ah . moto . vroom , vroommmm ;)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...