ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 2 Mei 2011

Kerja hari Sabtu punca guru marah - NUTP

pada guru2 besar baca ni....tekanan kerja paling tinggi selain kerja jadi PM ialah guru..






KUALA LUMPUR - Sikap segelintir guru besar yang suka mengarahkan guru sekolah datang bekerja pada setiap hari Sabtu antara aduan yang banyak diterima Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).
Presidennya, Hashim Adnan berkata, arahan sedemikian menyebabkan guru merasakan diri mereka dibebani dengan pelbagai aktiviti sehingga mengorbankan waktu dengan ahli keluarga.
"Walaupun kerajaan sudah memberi dua hari Sabtu dalam sebulan sebagai cuti, ada sesetengah guru besar masih memberi arahan bahawa guru-guru perlu hadir ke sekolah pada hari berkenaan.
"Macam-macam aktiviti hendak dibuat ketika hari cuti itu, mesyuarat, latihan dan kadangkala tiada apa-apa pun kena suruh datang sekolah. Itu antara yang buat mereka (guru) marah-marah," katanya kepada Kosmo! Ahad di sini semalam.
Menurut Hashim, aduan sedemikian diterima NUTP ketika pihaknya mengadakan mesyuarat selain menerima surat daripada guru-guru di seluruh negara.
Menurutnya, ada juga aduan mengatakan sesetengah guru besar membuat ugutan kepada guru yang tidak hadir pada hari Sabtu.[kosmo]

*ni memang betul..kadang2 demam nak buat ..pada yang bujang ok la..tak de tangungjawab lai(kalau bujang pun sabtu tu hak diaorang nak bercuti)..yang dah kawin ..ada anak anak kecil..hari sabtu ahad la diaorang ada masa untuk keluarga..ni tidak seminggu ahad je cuti..kadang2 ada program tak perlukan semua guru2 pun..tapi guru besar nak semua datang sekolah..kalau tak ikut ugut markah kpi guru akan berkurangan..pada guru2 besar fikirla sikit..beban guru2 dah banyak..bukan diaorang tak nak ikut apa2 program..tapi tak kan sampai satu bulan tu setiap hari sabtu nak kena datang..bila guru2 nak dapat cuti sabtu tu.ni cuti hari ahad je.cuti sabtu minggu ketiga pun entah kemana...nak ikut program sekolah sampai bila2 pun tak sudah..lu pk la sendiri..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...