ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 10 Mei 2011

Lelaki tanpa wajah dapat muka baru


KIRI:WIENS sebelum wajahnya hilang, TENGAH:WIENS sebelum dibedah. KANAN:WIENS memakai cermin mata.


LOS ANGELES - Seorang lelaki, Dallas Wiens yang menjadi lelaki pertama di Amerika Syarikat (AS) menerima pembedahan pemindahan muka penuh mendedahkan muka barunya kepada dunia buat pertama kalinya dalam rancangan Good Morning America terbitan ABC semalam, lapor sebuah akhbar semalam.
Lelaki berusia 25 tahun itu mengalami kecacatan wajah selepas mukanya terbakar dalam satu kemalangan kabel elektrik berkuasa tinggi pada 2008.

Dia menjalani pemindahan muka itu di Hospital Brigham dan Wanita di Boston dengan melibatkan lebih 30 doktor, jururawat dan pakar bius pada bulan Mac lalu.
Bagi Wiens, merasai semula ciuman anak perempuannya adalah pencapaian yang paling bermakna.
Kini, dia sudah boleh menunjukkan wajahnya kepada anak perempuannya, Scarlett yang berumur tiga tahun.
"Pengalaman merasai semula ciumannya selepas lebih dua tahun setengah adalah sangat menakjubkan. Sebelum ini, saya tidak rasa apa-apa di wajah saya," katanya.
Walaupun masih buta, Wiens juga sudah boleh menghidu bauan.
Wiens mengakui, jika bukan kerana Scarlett, dia tidak akan menandatangani persetujuan untuk menjalani pembedahan bagi menggantikan hidung, bibir, kulit otot dan urat wajahnya yang amat menyakitkan.[kosmo]

*Cuak aku..dah macam dalam film face off ni..demi anak apa pun sangup dilakukan.tapi anak demi orang tua sangup berikan pelbagai alasan....

7 Pengkritik Yang Cuak:

  1. ya allah keciannye...2lakan untk anak ape sje boleh...

    BalasPadam
  2. tu la pasal..anak2 jgn lupa pngorbanan ibu dan bapak..

    BalasPadam
  3. kesiannya...cmna la kalo benda 2 jadi kat mOon...tanpa muka...adusss....

    BalasPadam
  4. mesti dia menderita kan sebelum tu ..

    BalasPadam
  5. Tia suka dah ;) dah tak ada word verification . hehe

    BalasPadam
  6. tia suka erk..sblum ni tk perasan la.. hehehe.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...