ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 6 Mei 2011

Penyeludup dadah ada 12 jari



GAMBAR yang disiarkan kelmarin oleh polis di negeri Santa Catarina, Brazil menunjukkan 12 jari milik seorang penyuludup dadah.



SAO PAULO - Seorang penyeludup dadah ditangkap polis di negeri Santa Catarina selepas identitinya dikenal pasti menerusi 12 jarinya.
Menurut seorang pegawai polis, Enio de Oliveira Matos, pada mulanya penyeludup dadah itu menunjukkan identiti dirinya dengan menggunakan dokumen pengenalan milik adiknya menyebabkan pihak berkuasa tidak dapat menangkapnya, baru-baru ini.

Matos berkata, pihak polis kemudian mendapatkan maklumat daripada Institut Identitifikasi di negeri Parana iaitu lokasi tempat penyeludup tersebut dilahirkan.
Berdasarkan maklumat institut itu, setiap tangan penyeludup tersebut mempunyai enam jari.
Ekoran pengesahan tersebut, pihak polis kemudian menangkap penyeludup tersebut dengan jarinya sebagai bukti identiti dirinya sebagai penyeludup dadah.[kosmo]

*cuak betul la penyeludup mesti kena ada 12 jari..lain pada yang lain..

3 Pengkritik Yang Cuak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...