ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 29 Mei 2011

Final yang termahal

Hari ni bnyak sikit cite pasal bola..Ni nak tambah info untuk kita bersama pasal final pagi tadi...Tahukah anda  Final Liga Juara-Juara di antara Manchester United dan Barcelona awal pagi tadi akan menghasilkan keuntungan 369 juta euro (RM1.6 billion) terhadap ekonomi Eropah.Kajian MasterCard menunjukkan juara akan menerima kira-kira 126 juta euro (RM545 juta), hasil daripada ‘hadiah kemenangan, peningkatan nilai pasukan terbabit, hak penyiaran televisyen dan media yang meningkat serta peningkatan ekuiti penjenamaan’.
TERUJA...gelagat penyokong  Manchester United di  Hyde Park,  London, kelmarin.
Anda pernah lihat pnyokong luar negara baling mercun difinal??fikir2 kan...
Pasukan yang kalah pula menerima 73 juta euro (RM315.7 juta) manakala tuan rumah, London akan menerima faedah ekonomi 52 juta euro (RM225 juta) ketika peminat membelanjakan wang di bar, hotel dan di Stadium Wembley yang menjadi gelanggang final perlawanan itu.Ekonomi Eropah juga meraih 100 juta euro (RM432.6 juta) dan bandar raya kelab yang muncul juara akan menerima 18 juta euro (RM77.8 juta) hasil perbelanjaan pengguna dan pelancongan.Jumlah keuntungan 369 juta euro (RM1.6 bilion) itu menyaksikan peningkatan lima peratus daripada final 2010 yang menyaksikan Inter Milan menewaskan Bayern Munich.

“Manchester United FC menentang FC Barcelona adalah final impian menjadi idaman setiap peminat bola sepak. Tapi juara kelab Inggeris dan Sepanyol itu juga adalah dua kelab paling berjaya di luar padang,” kata penulis yang membuat kajian itu, Simon Chadwick.Mereka akan mengaut keuntungan kira-kira 200 juta euro (RM865.2 juta) sekali gus menjadikan final itu sebagai perlawanan akhir paling lumayan dalam sejarah bola sepak Eropah,” katanya yang juga Pengarah Pusat Perniagaan Sukan Antarabangsa di Universiti Coventry, di tengah England.

Laporan juga menambah ekonomi Amerika Latin akan menerima durian runtuh sehingga 100 juta euro (RM442.6 juta) daripada perlawanan akhir itu yang menyaksikan ayam tambatan Barcelona, Lionel Messi dari Argentina dan pertahanan Manchester United dari Brazil, Rafael Da Silva dijangka diturunkan.[metro]

*Cuak aku..kalau team malaysia yang masuk final mcm ni..dah lama tk nak main dah..kalah pun tk pe lah.. kih kih kih kih..kalau aku berniaga goreng pisang pun kat  luar stadium wembley pg tadi leh dpt sejuta ni...kah kah kah kah ...

5 Pengkritik Yang Cuak:

  1. harrazdani- boleh la beli ronaldo7 balik man united..heheheh..nice info sblm ni dgr hadiah dia mmg lumayan...tp hari ni dah tahu jumlahnya.

    BalasPadam
  2. jual goreng pisang sejuta ringgit..kaya akuuuu...agak2 berapa tan pisang diculik eh??hhahah...

    memang lumayanla kejohanan tuh..errr MSL berapa eh kalau final piala malaysia hehehe

    BalasPadam
  3. bolasepak di sana dengan yang tempatan macam langit dengan bumi dari serba serbi...

    BalasPadam
  4. teringin menjual burger di luar wembly mahupun dalam stdium wembly =P

    BalasPadam
  5. ...aku x kisah langsung...sket pOng x kisah...sebab aku x minat bOla...bukan bOla je...pape sukan pOng aku x suka...hehehehehe

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...