ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 29 Mei 2011

5 negara paling murah

5. Pakistan - Walaupun negara ini dikenali kerana ketidakstabilan dari segi politik, mata wang Rupee yang rendah menyebabkan kos hidup di Pakistan amat murah. Barangan seperti petrol dan hidangan di restoran mungkin mempunyai harga sama atau lebih mahal berbanding di negara lain, tetapi apa yang murah di Pakistan adalah nilai hartanahnya yang rendah. Sebuah rumah dengan empat bilik tidur di ibu kota Karachi boleh dibeli dengan hanya RM99,000!


4. Filipina - Negara Asia ini mempunyai antara kos hidup paling rendah di dunia, dengan tambang teksi untuk perjalanan lebih 1.6 kilometer hanya RM0.60 manakala harga untuk perkhidmatan memotong rambut hanya RM2.40. Yuran di universiti tempatan untuk satu semester juga hanya RM750, menjadikan pendidikan antara yang paling murah. Dan gaji pembantu rumah untuk sebulan? RM135.


 3. Argentina- Sejak beberapa tahun lalu, Argentina berhadapan dengan perubahan dramatik daripada negara paling mahal di dunia kepada negara paling mampu untuk didiami akibat krisis ekonomi yang melanda negara Amerika Selatan ini. Barangan kulit seperti jaket dan dompet boleh didapati dengan harga hanya satu pertiga daripada nilai yang dijual di negara lain.


2. Zimbabwe - Barangan di Zimbabwe adalah antara yang termurah dunia selepas sistem kewangan negara itu musnah sama sekali sehingga menyebabkan inflasi mencecah 1,000 peratus pada 2008. Nilai matawang Zimbabwe yang jatuh teruk menyebabkan barangan seperti susu hanya berharga RM2.40 seliter manakala satu kilogram daging lembu berharga RM1.80.


1. Paraguay - Negara paling murah di dunia dalam tinjaun Mercer adalah Paraguay, iaitu sebuah negara yang terletak di Amerika Selatan. Kadar sewa bulanan di pangsapuri di pusat bandar Paraguay hanya RM450 dan harga makan malam di sebuah hotel hanyalah RM15. Mengidamkan hidangan steak dan salad di restoran? Anda hanya perlu membayar RM9. Jadi anda boleh hidup seperti raja di negara ini.

sumber[sinar]

*Cuak aku..malaysia negara paling murah hati.. 

11 Pengkritik Yang Cuak:

  1. Malaysia negara pemurah.. Pengemis bersepah merata tempat.. Nak kata cacat, sihat walafiat, tapi mintak sedekah gak.. hahaha

    BalasPadam
  2. murahnye potong rambut kat philipines . terus nak g potong kat sane .

    BalasPadam
  3. serius dengki kat paraguay.. tapi pindah sana nanti jadi miskin pulak..

    BalasPadam
  4. eh malaysia paling murah hati??mata memandang ke bawah..jari hantu di tuju kedepan..hahaha

    BalasPadam
  5. harrazdani - dan malaysia paling murah senyuman..betul ker...cuba pergi opis2 kerajaan..hahahah

    BalasPadam
  6. rkyat mlaysia murah hati..tu mkin bnyk peminta sedekah..gaji pminta sedekah je dekat2 10ribu sebuln..

    krjaan malaysia bermurah hati naikan hrga brg2..

    awek2/cikaro/pmpuan.. murah hati sgt smpai bnyk pmbuangn bayi..

    pakwe/balak/lelaki.. bermurah hati merempit sana sini..

    BalasPadam
  7. jalanraya di Malaysia murah dengan nyawa yang melayang...cuak la aku...

    BalasPadam
  8. nak raya nanti beli daging kat Zimbabwe. ahhaha

    BalasPadam
  9. ish2... kat paraguay... leh melancong beramai2 ni...hihih.. sewa murah2...

    BalasPadam
  10. betol ! Malaysia murah dengan cikaro . hahaaa .. grr ~

    BalasPadam
  11. siapa yg kutuk malaysia silalah pindah kenegara laen..sesungguhnya anda tidak mnyayangi negara sendiri:)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...