ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 22 Mei 2011

PM: rakyat penagih 'candu'

Malaysia kini melaporkan najib dalam ucapan beliau di Pusat Pengajian Islam di Oxford, United Kingdom pada 17 Mei lalu berkata subsidi ibarat “candu” yang perlu dikurangkan secara berperingkat- peringkat untuk mengawal defisit bajet..

Namun kenyataan najib itu dibidas oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menganggap pemberian subsidi untuk barangan keperluan rakyat sebagai "candu" yang mesti dihentikan.

"Candu apa? Bagi subsidi sikit kepada rakyat, candu? Yang diberi kepada tauke tak apa? Subsidi rakyat RM4 bilion. Subsidi IPP RM19 bilion. Apakah (Najib) berani tak panggil Genting San-Yen, Malakoff, Ananda, YTL penagih candu, berani?

"Kalau miskin, memang tanggungjawab kerajaan beri bantuan. Ini bukan nak tolong rakyat miskin, tetapi tuduh mereka penagih candu. Tapi tolong Genting San Yen semua, berbilion ringgit, boleh! Kepada orang kampung, candu. Ini saya tak boleh terima," kata Anwar dengan nada marah.

Anwar berkata Umno cuma menghalalkan kenaikan harga minyak dengan membandingkan dengan harga petrol di Singapura - negara yang tidak mempunyai sumber minyak mentah dan taraf hidup jauh lebih tinggi dari Malaysia.[malaysikini]

*siapa yang beri makan candu dia yang mabuk candu...bagi subsidi kat rakyat cakap itu candu..bagi IPP berbilion itu bukan candu..itu sedekah kot..tunggu je la nasib kau umno..

1 Pengkritik Yang Cuak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...