ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 18 Mei 2011

400,000 guru biasa kecewa

Sebelum ni ada dua entri aku pasal kabar gembira sempena hari guru..[sini] dan [sini] . Hari ini malaysiakini melaporkan kira-kira 400,000 guru kelas biasa kecewa dengan pengumuman kerajaan pada Hari Guru baru-baru ini yang hanya membawa berita gembira kepada 2,000 guru besar dan guru penolong kanan yang akan menikmati kenaikan gaji mulai awal tahun depan.

Menurut Setiausaha Agung, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Lok Yim Pheng

"Ironinya di sebalik membawa kegembiraan, pengumuman itu menimbulkan kebimbangan dan rasa sedih di kalangan guru kerana sejumlah besar daripada mereka seperti diketepikan," 

"Tanpa dedikasi guru-guru kelas ini, kalangan guru besar dan pengetua sahaja tidak akan dapat mengendalikan sekolah," katanya.

Beliau berkata, pihak kesatuan akan berusaha untuk mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secepat mungkin untuk memaklumkan sendiri mengenai rintihan dan masalah yang dihadapi oleh guru kelas biasa.

Seorang guru yang dikenali sebagai Chandran, 45, yang berpengalaman 18 tahun mengajar berkata:
"Saya biasanya pulang ke rumah sejam atau dua jam lebih lewat kerana saya lanjutkan masa mengajar di sekolah, khusus buat pelajar yang lemah, malah saya ambil inisiatif himpunkan mereka pada hujung minggu untuk membantu mereka dalam pelajaran, namun ini nampaknya tidak dihargai oleh pihak sekolah,"
Seorang lagi guru yang hanya mahu dikenali sebagai Miss Tan berkata:
"Kami bekerja keras, tapi dedikasi kami seperti tidak dihargai,"  sumber[malaysiakini]

*Aku pun bengang ari tu..pngumuman yg ditunggu dapt kat guru2 besar dah penolong kanan je..lain kali jgn la kata nak umum  macam ni..buat org mengharap je..

5 Pengkritik Yang Cuak:

  1. emm kesimpulannya..apa2 pun UMNO umum..jngan terlalu mengharap..angkat jari hantu je direct2 kat dorang..:)

    BalasPadam
  2. sian cikgu... nanti mula la kena hentam dalam paper... kerja mudah tapi mintak yang bukan-bukan..huhuhu

    BalasPadam
  3. setuju sangat....seperti kata harrazdani berakhirnya kisah naik yang tak naik..keh keh keh

    http://harrazdani.blogspot.com/2011/05/berakhirnya-sebuah-kisah-naik-yang-tak.html

    BalasPadam
  4. syuxer:apa janji2 lepas ni jgn percaya dah..wat tk tau je..

    ticer:tu la pasal..

    harrazdani:btul bro..aku dah baca dah..merepek2 semua ni..

    BalasPadam
  5. errrr. apabende la ni. eish3. kesian dekat guru biasa. rasanya guru pangkat besar goyang kaki jee

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...