ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 10 Januari 2012

Penumpang separuh bogel serbu kereta api

Sekumpulan penumpang nakal memeranjatkan penumpang kereta api di bandar raya ini semalam apabila mereka menanggalkan seluar masing-masing dalam satu gurauan yang diadakan di seluruh dunia.

Beratus-ratus penumpang separuh bogel memenuhi kereta api bawah tanah London untuk acara tahunan Naiki Kereta Api Tanpa Seluar.

Ia adalah sebahagian daripada Hari Tanpa Seluar yang diadakan di luar negara apabila kereta api bawah tanah diambil alih oleh penumpang separuh bogel.

Acara itu dianjurkan oleh kumpulan Improv Everywhere dan bermula dengan Naiki Kereta Api Tanpa Seluar di New York 11 tahun lalu.
 
Kumpulan itu kemudian melakukan aksi ala-rusuhan di seluruh dunia, memeranjatkan orang sekeliling apabila mereka menanggalkan seluar dalam kenderaan awam.

Penganjur, Dan Becherano berkata: “Matlamatnya ialah untuk berseronok dan menghiburkan orang ramai.Ia kini merebak ke 60 bandar di 27 negara, termasukWashington, Mexico City, Toronto, Madrid dan Tel Aviv.

Improv Everywhere menggunakan Facebook untuk mempelawa orang ramai mengambil bahagian dan lebih 16,000 orang mendaftar untuk menyertainya di seluruh dunia.[Sumber]

*Cuak aku..Ada pulak hari tanpa seluar ye....nasib bukan yang dalam sekali.. kih kih kih..

9 Pengkritik Yang Cuak:

  1. kerja sia2 dan tak berfaedah..

    BalasPadam
  2. hahaha kalu kaki cantik x pe gak

    BalasPadam
  3. sot sudah nii org2 kali..haha..xda faedah,memalukn diri sndri adala..

    BalasPadam
  4. ya allah apa la yang diorang fikir buat macam tue erk...

    BalasPadam
  5. dah bosan sangat dah diorang ni..haha

    BalasPadam
  6. Bodo Sikik dari beruk belakang umah aku...

    BalasPadam
  7. haha..tak de keje ke nk buat diorg ni..hoho

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...