ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 29 Januari 2012

Imej Asteroid nyaris langgar Bumi

Asteroid bersaiz sebesar bas hampir-hampir melanggar Bumi semalam, walaupun pakar sebelum ini tidak bimbang dengan kesannya.

Imej  menunjukkan bahagian selatan sebuah daripada asteroid gergasi, Vesta yang diambil oleh kapal angkasa Dawn.
Pengarah bersekutu Pusat Planet Kecil yang beribu pejabat di Amerika Syrikat, Gareth Williams berkata, asteroid yang diberi nama 2012 BX34 itu mempunyai ukuran diameter antara enam hingga 19 meter.

Kewujudannya sebelum ini tidak diketahui sehinggalah ia dikesan oleh teleskop di Arizona pada Rabu lalu.Menurut Williams, 2012 BX34 hanya berada sejauh kira-kira 60,000 kilometer daripada Bumi ketika ia melintasi pada pukul 11 malam tadi waktu Malaysia.

"Insiden yang disifatkan oleh pemerhati angkasa lepas sebagai 'hampir mengenai Bumi' itu menjadikannya antara 20 asteroid yang paling hampir melanggar Bumi," kata Williams.

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) Khamis lalu mengumumkan bahawa asteroid itu akan 'selamat melalui Bumi pada 27 Januari'.

Williams berkata, ekoran saiznya yang kecil, 2012 BX34 hanya boleh dikesan ketika ia hampir dengan Bumi. -[sumber]

*Cuak aku..terselamat bumi kali ni..

7 Pengkritik Yang Cuak:

  1. errkkk..alhamdullilah..terselmat.... ^_^

    BalasPadam
  2. kalau la berlanggar..tak tahu la apa akan jadi kan....alhamdulillah takde apa2 jadi kan...:D

    BalasPadam
  3. kalau kena ...apa terjadi??

    BalasPadam
  4. Lagi cuak kalau asteroid tu hentam bumi kan?

    Ramai yang tak tahu pasal ni rasanya.

    BalasPadam
  5. Peminat arsengal nk tgk x agak2 mlm ni ajl ni?...hahahha

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...