ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 7 Januari 2012

Berjalan kaki ke Mekah

Seorang pendakwah di Kota Padang, Sumatera Barat nekad untuk ke Arab Saudi dengan berjalan kaki selepas dua tahun mengimpikan mahu menunaikan haji.


Dengan hanya bermodalkan peta dan sedikit wang, Jekson Gomes alias Muhammad Alif menetapkan sasaran untuk tiba di tanah suci Mekah dalam tempoh 10 bulan.

Lelaki berusia 38 tahun itu, yang merupakan pendakwah dari masjid ke masjid, mengaku sudah membuat persiapan sejak dua tahun lalu.

Menurutnya, antara persiapannya ialah mempelajari peta-peta negara yang bakal dilaluinya selain rutin bersenam.

Perjalanannya dimulakan pada Jumaat lalu dari Masjid Nurul Anhar, Padang Barat, Padang.“Saya menetapkan sasaran untuk berjalan sejauh lapan kilometer dalam tempoh satu jam dan hanya berehat selama dua jam dalam sehari,” katanya[sumber]

*Cuak aku..semoga selamat sampai..

2 Pengkritik Yang Cuak:

  1. dia nk mula dr mn? kn indon tu dikelilingi laut?

    BalasPadam
  2. semoga tercapAi la impian dia..
    insyaallah..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...