ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 14 Januari 2012

Lukisan gabungan 2 imej

Sekali imbas, lukisan ini adalah seorang lelaki sedang melukis di halaman belakang rumah, namun jika diteliti secara dekat, ia adalah wajah seseorang sedang tersenyum.
Lukisan minyak itu dihasilkan seorang artis berbakat kelahiran Ukraine, Oleg Shuplyak, 45.

Shuplyak bijak untuk melukis dan menonjolkan imej tersembunyi dalam lukisannya dengan menggunakan teknik penggabungan lakaran objek, karakter, warna dan bayang-bayang.

Minatnya dalam dunia lukisan turut menyebabkan Shuplyak menggunakan kaedah ketepatan untuk menghasilkan ilusi optik yang menarik.

Hasil lukisan itu juga sama dengan lukisan terkenal artis Mexico, Octavio Ocampo, yang cukup terkenal dengan penggabungan objek lukisan di samping menghasilkan imej lebih besar di luar latar belakangnya.

Sebenarnya, jika diteliti Shuplyak menghasilkan imej kedua yang lebih mudah untuk dikenal pasti.[sumber]





*Cuak aku.. memang silap mata betul la lukisan ni..kih kih kih

6 Pengkritik Yang Cuak:

  1. Memang Kreatif dan berseni...

    BalasPadam
  2. perghh..lain macam laa lukisan dia..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  3. perh..mmng seni lah..
    terpegun 2 saat tgk ha..eshh...

    knpa la bakat dia tu tak ada kat naiemah =.="

    BalasPadam
  4. inilah lukisan yang banyak 1001 maksud..bukan senang nak wat 2 lukisan dalam 1 potret ini..

    BalasPadam
  5. seni + ilusi...memang kreatif :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...