ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 3 Januari 2012

PDRM sedia dedah bukti polis tak kasar

Polis mempunyai bukti termasuk rakaman video yang menunjukkan mereka tidak menggunakan kekerasan ketika menyuraikan demonstrasi haram di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), awal pagi kelmarin dan akan mendedahkannya kepada umum jika keadaan memaksa.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata pihaknya juga akan menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat dakwaan polis bertindak ganas terhadap pelajar seperti disebarkan blog dan portal berita yang dianggapnya cubaan menjejaskan imej pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM). 

“Kita mempunyai rakaman video selain saksi bagi membuktikan polis tidak melakukan keganasan. Polis melakukan tugas mereka seperti biasa kecuali ada pihak yang enggan memberi kerjasama, kita terpaksa bertindak tegas.

“Jika ada laporan dibuat mengatakan polis bertindak ganas sehingga mencederakan individu (yang terbabit dalam perhimpunan haram), kita akan menjalankan siasatan serta mengumpulkan bukti yang diperlukan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau mengulas penahanan 17 mahasiswa, termasuk seorang penuntut wanita kerana menyertai demonstrasi haram anjuran kumpulan penuntut Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) selepas sambutan Ambang Tahun Baru 2012 di UPSI dengan mengusung keranda, baring di atas jalan, selain cuba memanjat pagar kampus UPSI, awal pagi kelmarin.

Berikutan insiden itu, beberapa blog dan portal berita mendakwa polis bertindak ganas sehingga mencederakan penuntut yang menyertai perhimpunan berkenaan, termasuk Pengerusi Badan Mahasiswa Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS), Safwan Anang.

Mohd Shukri berkata, pihaknya bersedia mengemukakan bukti, termasuk rakaman video dan laporan perubatan hospital berhubung kecederaan dialami pelajar ketika menyertai perhimpunan haram itu. “Sekiranya dakwaan yang dibuat palsu, kira akan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan tuduhan memfitnah pasukan keselamatan itu tanpa usul periksa tidak lagi berulang,” katanya.[sumber]

*Cuak aku..Untuk berlaku adil aku ambik jugak berita ni..Tapi pada yang paham dan tau kisah bersih 2.0 dulu..polis kata nak siarkan jugak bukti macam ni dan cakap nak ambil tindakan pada yang upload video kat youtube pasal keganasan polis masa tu..tapi sampai sekarang tak ada.. Tapi tak pe..fikir positif..mungkin polis lupa kot atau aku yang tak mengikuti perkembangan semasa..kih kih kih

-Tragedi UPSI : Polis Akhirnya ‘Mengaku’ Bersalah

-Polis nafi bergelut dengan siswa (video)

1 Pengkritik Yang Cuak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...