ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 1 Januari 2012

Polis nafi bergelut dengan siswa (video)

Polis Perak menafikan anggotanya terlibat dalam pergelutan dengan mahasiswa dalam perhimpunan kumpulan itu di depan pintu masuk Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) malam tadi.

Ketua Polis Perak datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, tindakan mahasiswa yang enggan bersurai sehingga memaksa polis mengambil tindakan mungkin menunjukkan seolah-olah terdapat pergelutan, lapor The Star.

Menjelaskan keadaan malam tadi, katanya, kumpulan mahasiswa sebaliknya melanggar pintuk kaca di klinik berdekatan dan menyebabkan kecederaan.Beliau mengesahkan seramai 17 ditahan dan seorang mendapat rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tanjung Malim.

Insiden malam tadi dikritik hebat pelbagai pihak, termasuk kumpulan mahasiswa, pembangkang dan NGO yang mendakwa polis menggunakan kekerasan melampau dalam menyuraikan peserta.

Kira-kira 60 orang pelajar terlibat dalam perhimpunan menuntut kebebasan akademik malam tadi dan mahasiswa kontroversi yang menurunkan bendera Datuk Seri Najib Razak -- Adam Adli Abdul Halim -- antara yang ditahan.

Menurut polis Perak juga, antara yang ditahan, hanya dua daripada UPSI dan selebihnya daripada universiti sekitar Lembah Klang.[sumber]

*Cuak aku..baru 60 orang dah guna FRU..agak2 la kan...kih kih kih


4 Pengkritik Yang Cuak:

  1. ape citer ni..xpaham aku..hahaha aduh mahasiswa pulak dah tunjuk perasaan..

    BalasPadam
  2. polis: yg terbaek selamanya hahahha

    BalasPadam
  3. nak komen susah .,, nak ulas kes ini pun susah.. Polis dah tubuhkan pasukan khas memantau bloggers sekarang. damn!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...