ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 20 Januari 2012

Guru cuak akaun bank ada RM30 bilion

Seorang guru sebuah sekolah tinggi di sini yang mempunyai gaji bulanan sebanyak AS$700 (RM2,170) cuak apabila dalam pemeriksaan rutin dalam online yang dibuatnya mendapati akaun banknya mempunyai baki hampir AS$10 bilion (RM31 bilion). 

Guru itu, Parijat Saha 42, dari bandar Balurghat, negeri Bengal Barat berkata, dia memeriksa akaun Bank Negara India menerusi online pada Ahad lalu untuk mengesahkan penerimaan bayaran faedah sebanyak AS$200 (RM620).

"Saya cuak melihat jumlah yang terlalu banyak," katanya.Akaun itu menunjukkan baki sebanyak AS$9.87 bilion (RM30.59 bilion).

Selepas pulih daripada cuak kerana menjadi seorang bilionair dalam tempoh semalaman, sekurang-kurangnya di atas kertas, Saha, menyatakan dia terus menghubungi seorang rakan yang dikenalinya di bank berkenaan untuk menunjukkan ia secara jelasnya satu kesilapan perakaunan.

Bank Negara India menyatakan, ia masih tidak mengetahui dengan jelas bagaimana jumlah tersebut didaftarkan dalam akaun Saha.

"Kami cuba untuk memastikan apa yang silap," kata seorang pengurus cawangan bank itu, Subhashish Karmakar.

"Kita telah menghubungi ibu pejabat wilayah di Kolkata dan ibu pejabat kebangsaan di Mumbai," tambahnya.[sumber
 
*Cuak aku..Kalau aku yang dapat memang cuak dibuatnya..banyak tu..kih kih kih

4 Pengkritik Yang Cuak:

  1. hahah kalau aku, mesti hari pertama wat kuar 3 juta dan rembat buggati veyron..;p

    BalasPadam
  2. pergghh...cuak tu mmg cuak..tp x bleh ke ambik ckit...??...hik2

    BalasPadam
  3. alahaiii..kalau apple yang dapat duitt mcm tuuu,zassss!!! trus mghilang gi shoping..hahaha..xdala..apple pn mst hairan jg napa boleh ada duittt bnyak mcmm tuuu..hehe

    BalasPadam
  4. bank tu suppose msk kn dlm acc sy tp tu la cikgu ni plak yg dpt... ;-)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...