ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 16 Januari 2012

Orang minyak masuk botol

Tiga pakar ilmu Islam bergabung. Pengalaman dan ilmu digunakan sepenuhnya. Biarpun terpaksa berhempas pulas lebih dua jam, misi memerangkap orang minyak berakhir dengan jaya.
 
Melegakan penduduk kampung, bukan hanya orang minyak yang masuk perangkap, gangguan sampingan oleh jin-jin lain turut tumpas. 

Kesudahan misi, 25 botol digunakan untuk memerangkap jin-jin terbabit, termasuklah jelmaan jin orang minyak yang menjadi ibu gangguan misteri di kampung tersebut.

Pengamal Perubatan Darul Muhsinin, Ustaz Othman Mohd Salleh ketika ditemui Sinar Harian berkata, dia yakin makhluk dikaitkan dengan kehadiran orang minyak di kampung itu dapat diperangkap.

Menurutnya, lima jin utama yang berada sekitar kawasan kampung itu telah diperangkap dan dimasukkan ke dalam botol.

“Orang minyak itu adalah jel­maan jin, jika pengamalnya menggunakan minyak maka jin atau khadamnya akan muncul dalam bentuk itu dan dengan kuasa ALLAH, saya yakin salah satu daripadanya jelmaaan makhluk yang dikatakan orang minyak itu dapat diperangkap ,” katanya.

Upacara pembersihan dengan doa dan ayat suci al-Quran dilakukan jam 11.30 malam semalam, di sebuah rumah dibantu seorang wanita yang menjadi pengantara.

Program bermula dengan soal jawab dilakukan Ustaz Othman melalui jin yang memasuki tubuh wanita sebelum satu persatu jin diperangkap dan dimasukkan ke dalam botol.

Perjalanan upacara terganggu seketika selepas jin-jin yang hadir terlalu banyak di dalam rumah itu menyebabkan dua lagi ustaz daripada Perubatan Syifa’ Al-Ikhlas dipanggil.

Kehadiran dua ustaz nyata membantu, apabila satu persatu jin yang dikatakan mula memenuhi segenap pelosok rumah berkenaan berjaya diperangkap.

Tepat jam 1.45 pagi upacara tersebut selesai dan terdapat 25 jin berjaya diperangkap dan dimasukkan ke dalam botol.[sumber]

*Cuak aku..Jin datang bawak geng..terpaksa ustaz mintak bantuan..memang cuak lah..

10 Pengkritik Yang Cuak:

  1. kat tempat aq ni hujung tahun lepas dengan awal tahun ni kecoh pasal orang minyak ni...ada yang nampak...aq takde la pulak nampak...

    BalasPadam
  2. hishh..dorang tatau ke minyak tu mahal..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  3. so kalau jumpa botol2 yg bertutup kt mana2 better jgn buka.. silap2 ada jin tak pasai2 kena kacauu plak..

    BalasPadam
  4. lepas ni sure minyak naik harga bro....

    BalasPadam
  5. eh3..org minyak..ada2 ja larr...lalalala

    BalasPadam
  6. SERAM JUGAK NI..ADOYAIII,TETIBA MEREMANG BULU ROMA...

    BalasPadam
  7. banayk nye orang minyak..boleh la letak kat pam minyak lepas ni..ekekek

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...