ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 15 Januari 2012

Pelajar USM ugut PM ditahan

Polis menahan seorang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) kampus kejuruteraan selepas membuat kenyataan berunsur ugutan menerusi laman blognya di sini, hari ini.
Dalam kenyataannya, pelajar terbabit dikatakan mahu meletakkan bom pada helikopter yang akan dinaiki Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam lawatannya ke kampus itu minggu depan. 

Pelajar terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya. 

Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob yang dihubungi mengesahkan perkara itu dan akan mengadakan sidang media mengenainya esok.[sumber]

*Cuak aku..Berhati2 meluahkan perasaan korang..kalau tak jadi macam ni la...kecuali korang payung kembang terpulang lah..kih kih kih

15 Pengkritik Yang Cuak:

  1. stupid action..hahahha..macam mana at the 1st place dia bleh belajar kat Uni??hehehe..nak buat senyap2 sudah..hahaha

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  2. salam;
    tulah padahnya..hati2 bila menulis atau berbicara dlm fb atau blog...

    BalasPadam
  3. ha,kan dah kena..ikut suka ati dia je nak naipnye..tak pasal2 kena than..

    BalasPadam
  4. berani buat berani tanggung..harap2 lepas ni jangan pula tambah ramai pak catuk nyibuk tumpang semangkuk..

    BalasPadam
  5. Updated status tu biar pakai akal waras..ermm..

    BalasPadam
  6. alahai.. Agak agak la.. Kalau tak suka dgn orng takyalah buat kenyataan mcm tu, pastu publish lagi..

    BalasPadam
  7. kalau dia nak buat, xde makne dia nak post kat fb...adoii~

    BalasPadam
  8. USM mana neh erk?
    Da larh Poly aku dekat je dengan USM.
    Takde plak dengar cite pasal student neh =,="

    Mana ada gado, mmg xde pape da! Kau jgn cakap pasal dye da! huhu!

    BalasPadam
  9. jika yang diugut tu VVIP blah 'sana' mungkin lain skripnyer....faham2 laaaa ini kan malaysia..

    BalasPadam
  10. nak buat status tak agak2,,padah jadinya..

    BalasPadam
  11. gurau pun agak2lah jgnlah publish camtu aiyakkk!! kau susah family kau lg susah der!studi jelah elok2 kat u tu

    BalasPadam
  12. kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa...

    BalasPadam
  13. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna dah.
    Kena beringat-ingat

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...