ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 20 Januari 2012

Filem bisu buat penonton marah

Pengunjung pawagam di Liverpool menuntut wang yang mereka bayar untuk membeli tiket bagi menyaksikan filem The Artist, dikembalikan selepas mereka menyedari bahawa ia sebuah filem bisu. 

Filem arahan pengarah Perancis yang memenangi tiga anugerah Golden Globe dan menerima jumlah pencalonan paling tinggi Akademi Seni dan Perfileman Televisyen Britain (BAFTA) minggu ini, diramal mencapai banyak kejayaan pada majlis Oskar bulan depan. 

Bagaimanapun, sekumpulan pengunjung pawagam di Liverpool di barat laut England ternyata kurang senang dan meninggalkan panggung sebagai tanda protes, kerana filem berkenaan kurang menggunakan dialog dan ditayangkan menerusi skrin yang lebih kecil daripada biasa. 

Jurucakap panggung Odeon Liverpool One, mengesahkan bahawa pihaknya sudah memulangkan bayaran wang tiket kepada sebahagian penonton yang tidak menyedari bahawa The Artist adalah filem bisu.

“Pawagam kami berbesar hati untuk mengembalikan wang tiket berkenaan, apabila sebahagian mereka membuat aduan selepas 10 minit tayangan filem berkenaan bermula,” katanya.

Seorang penonton, Nicola Shearer, 25, memberitahu akhbar Daily Telegraph, kakitangan panggung ada bertanya sama ada beliau mengetahui bahawa The Artist adalah sebuah filem bisu. “Saya memberitahunya memang mengetahui filem bisu itu.

Beliau berkata, sebahagian penonton yang menyaksikan filem berkenaan meminta wang tiket mereka dikembalikan kerana filem itu tiada dialog, manakala skrin tayangan lebih kecil.[sumber]

*Cuak aku..kat malaysia tak de lagi filem bisu..tapi orang bisu tengok filem mungkin ada..kih kih kih

8 Pengkritik Yang Cuak:

  1. Mcm2 la sekarang ni.. Filem bisu la..itu la.. Ini la..

    BalasPadam
  2. Sy pun nak minta ganti rugi kalau filem yg mcm tu..lainlah kalau dah tau itu mmg filem bisu kan..huh!

    BalasPadam
  3. dia x de ckp filem ni bisu ke? hehe.. kalau cik tikah, tuntut gak duit :P

    BalasPadam
  4. alamakkk..apple pn mau mnta gantii rugii jgla..cuakkk,haha

    BalasPadam
  5. eh ada ek filem bisu..? err..plik2 lah diorg ni ha..

    BalasPadam
  6. hurm... filem bisu belum ada di malaysia... kalau ada... mesti best... heheheh...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...