ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 7 Januari 2012

Kelantan vs Negeri Sembilan | Piala Sumbangsih 2012

BAGI memastikan pemain Negeri Sembilan mendapat sokongan padu dalam misi melenyapkan keghairahan Kelantan mempertahankan trofi Sultan Ahmad Shah, Kelab Penyokong Negeri Sembilan (N9Futbol.com) bakal menggerakkan lebih 200 kenderaan ke Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Timbalan Presiden, Mohd Faidzul Mohd Noh berkata, penyokong pasukan itu akan bergerak secara konvoi dari perkarangan Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, pada kira-kira jam 3.30 petang ini.

“Kami akan cuba menghimpunkan seramai mungkin penyokong ke Stadium Nasional malam esok (ini) bagi memberi sokongan padu kepada pemain Negeri Sembilan dalam memastikan mereka dapat memberikan persembahan terbaik dalam misi menjulang trofi sumbangsih itu.

“Negeri Sembilan belum pernah menang trofi ini dan kami harap pemain akan berjuang habis-habisan untuk mencapainya,” katanya.

Sementara itu, dia berharap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dapat memberikan tumpuan kepada kawalan keselamatan yang lebih ketat sebaik selesai perlawanan itu.

Menurutnya, tindakan itu penting bertujuan melindungi penyokong kedua-dua pasukan daripada sebarang insiden tidak diingini.

“Kawalan keselamatan yang lebih ketat perlu dilakukan di luar stadium agar penyokong berasa lebih selamat,” katanya.[sumber]

*Cuak aku.. Hobin jang hobin..aku ramal negeri menang 2-1 malam ni..kih kih kih

7 Pengkritik Yang Cuak:

  1. musuhnya habis binasa! hoben jang hoben!!

    BalasPadam
  2. el: kompom monang jgn ghisau..

    diana: xpoe..tgok kt tv je..

    azizah: boto tu..kih kih kih

    BalasPadam
  3. hobin jang hobin tu mksud dia apa?

    BalasPadam
  4. ribena:hobin tu mksud nya pukul/bantai dan seerti dgnnya....kih kih kih

    BalasPadam
  5. Congrats N.9 menang aritu...really aku frustated dgn cara percaturan peter butler...kelantan not perform like before...baloteli n9 really dangerous...hahaha...

    Gomo Kelate Gomo

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...