Pelajar Terbaik SPM 2004, Nur Amalina Che Bakri hari ini meminta semua pihak khususnya blogger supaya tidak lagi menyebarkan fitnah dan mengaibkan beliau kononnya bertindak liar dengan perbuatan-perbuatan kurang bersopan.
Sambil menyangkal fitnah mendakwa dirinya mengalami kejutan budaya ketika mengikuti pengajian tinggi di United Kingdom sekarang, tegas Nur Amalina: "Jangan menilai seseorang daripada pandangan luaran sahaja."
Beliau berkata demikian menerusi sidang video ‘Skype’ di kediaman ibunya, Sabariah Hassan, semalam, juga turut terkilan dengan tindakan menceroboh gambar peribadi miliknya.
Nur Amalina mengakui beliau terkilan apabila ada pihak memberi komen-komen yang melibatkan keluarganya.
"Bagi mereka (blogger) yang menyebarkan gambar-gambar tersebut diharap dapat hentikan kerana ia mengaibkan tambahan pula ia adalah gambar peribadi saya," tegasnya dalam reaksi pertama mengenai kontroversi diri beliau.
Dalam kenyataan kepada Sinar Harian semalam, ibunya Sabariah Hassan menyifatkan segala tuduhan liar terhadap Nur Amalina sebagai fitnah.
“Tidak! Anak saya bukan anak gadis yang liar. Saya tahu dia lebih daripada orang lain. Bukan saja kerana dia anak saya, malah kami berhubung hampir setiap malam. Malah saya juga sudah 13 kali ke sana (UK), sejak dia menuntut di sana,” kata Sabariah.
Menurutnya, tuduhan kononnya Nur Amalina yang kini berusia 23 tahun tewas dengan kejutan budaya hidup di negara Barat hingga kini tidak lagi bertudung, juga tidak benar.
Berkongsi kisahnya, Nur Amalina juga mengakui sudah lali dengan perkara sebegitu kerana ini bukan pertama kali difitnah.
"Namun saya reda, sememangnya mulut orang kita tidak boleh tutup, tambahan pula ia adalah sesuatu yang tidak benar,” kata beliau.
Mengulas mengenai fesyen serta pakaian yang disifatkan seksi seperti yang tersebar di laman blog, Nur Amalina menyifatkan ia melampaui batas.
“Saya sememangnya tidak bertudung, malah saya gemar berfesyen sejak kecil lagi. Seluar yang saya pakai di dalam gambar tersebut adalah pemberian daripada mama.
“Seluar itu mempunyai satu lapisan lain yang menyerupai warna kulit di bahagian dalam, ia tidak seperti yang difikirkan masyarakat, kerana tidak mungkin saya akan memakai pakaian yang koyak untuk keluar,” katanya.
Jelasnya, walaupun tidak bertudung, amalan membaca al-Quran serta solat lima waktu tidak pernah dilupakan dan menegaskan ia merupakan kunci kejayaannya.
“Walaupun saya tidak bertudung tetapi saya masih tidak lupa untuk menunaikan solat setiap waktu, juga membaca Yasin pada malam Jumaat kerana mama telah mendidik saya sebegitu sejak dari kecil.
“Saya tidak pernah melakukan perkara yang melampaui batasan ketika keluar bersosial bersama rakan-rakan, ia cara bagi melepaskan tekanan selepas berpenat mengulang kaji, gambar yang tersebar itu adalah gambar ketika meraikan hari lahir saya,” katanya lagi.
Nur Amalina yang kini sedang menjalankan penyelidikan mengenai barah ovari dan payudara berkata, fitnah yang tersebar tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus belajar bersungguh-sungguh.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberikan nasihat, apa yang berlaku ini akan saya jadikan iktibar dan tauladan untuk menjadi lebih baik.[sumber]

*Cuak aku..Dia macam tu pun sembahyang tak tingal baca yasin pun tak tingal.. sebab tu je yang yang di ajar dari kecil..tudung tak di ajar dari kecil...jadi jangan fitnah2 dah..mak dia dah jawab tuan punya badan pun dah jawab..korang tengok dan jadikan pengajaran..errr aku bingung jap..yang peluk mat seleh tu mak ajar juga ke? atau belajar sendiri? kih kih kih
hahaha..kelakar plak statement kamoo tuu..hihi
BalasPadamsayangnya bila tudung ditinggal2kan bila di oversea..kenapa?takut dikatakan tidak update fashion kah?sangat bangga bila amalina, gadis melayu bertudung berjaya dgn 17 A, ditaja keluar negara..namun bangga kini kian hilang..hanya malu saje menapak di hati~ ;(
BalasPadamcume syg lah..mmg semayang baca yasin tak tinggal..tapi alangkah baiknya jika die memakai tudung..lebih sopan InsyaAllah :)
BalasPadamsy rs org ramai bkn fitnah tetapi menegur..xtau la kalu2 diorg xtau nk bezakan antara teguran n fitnah
BalasPadammereka yang terkejut dengan perubahan amalina tu rasanya belum pernah tinggal lama kat KL bro..sepanjang 28 tahun aku duk KL nie lagi teruk dari amalina aku pernah jumpa and mereka pun student2 yg pandai gak...hehehehe
BalasPadamRegards,
-Strider-
khairin: mungkin fitnah tu bab yg kata dia liar kat sana kot..dia tak pun..bila kita tk nampak tk leh kata mcm tu..bab gambar bukn fitnah dia pun kata tu gmbar dia..
BalasPadamazlan:tu la pasal bro..beza antara popular dan tak je masalah ni..
"walaupun tidak bertudung, amalan membaca al-Quran serta solat lima waktu tidak pernah dilupakan dan menegaskan ia merupakan kunci kejayaannya"~
BalasPadamDlm agama Islam solat x sah kalau mewarnakan rambut!!! sekian..