ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 10 Januari 2012

NS vs Selangor -Balotelli makin bersemangat

Nama Christian Bekamenga Bekamengo dari Cameroon mungkin sudah menjadi kenangan manis buat peminat bola sepak Negeri Sembilan selepas pemain itu menjadi tonggak utama pasukan pada era 2005/2006.

Namun kehadiran rakan senegaranya, Jean Emmanuel Effa Owona dalam pasukan itu kali ini harus menghadirkan rasa gerun buat pasukan yang bertanding dalam Liga Super, selepas pemain itu mempamerkan aksi cemerlang membantu Negeri Sembilan menjulang Piala Sultan Ahmad Shah menewaskan juara bertahan Kelantan dalam perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Sentuhan menarik pemain import berusia 28 tahun itu pastinya membuatkan pasukan Selangor berwaspada sebaik turun dalam aksi pembuka tirai saingan Liga Super, di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam ini.

Bagi Effa Owona, dia berjanji untuk meneruskan aksi cemerlang seperti mana dipamerkan Sabtu lalu bagi membantu Negeri Sembilan mencapai kemenangan dan meraih tiga mata pertama di halaman sendiri.Dia akui kian bersemangat memberikan persembahan terbaik selepas berjaya mengemudi barisan depan.

“Kejayaan menjaringkan gol tempoh hari meningkatkan lagi keyakinan saya untuk meneruskan persembahan terbaik malam esok (ini) dan berharap dapat menjaringkan gol lagi,” katanya.

Bekas pemain Hatta Club Dubai itu mengakui kian serasi dengan gandingan penyerang muda Negeri Sembilan, Ahmad Shakir Md Ali dan berharap mendapat kerjasama baik daripada rakan lain untuk menembusi benteng Selangor malam ini.

Sementara itu, ketua jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah, mengakui Effa adalah sandaran utamanya dalam mengemudi barisan depan dan berharap dapat terus menjaringkan gol.

“Saya amat berharap Effa dapat meneruskan persembahan terbaiknya ketika kita berdepan Selangor untuk mendapatkan tiga mata selepas dia membantu merealisasikan impian kita merangkul kejuaraan Piala Sultan Ahmad Shah,” katanya.[sumber]

*Cuak aku..Kali ni kasi benam selangor di paroi..aku ramal n9 menang 1-0..kih kih kih

5 Pengkritik Yang Cuak:

  1. hoben effa hoben .. haha.. kalau malam ni cemerlang gak..memang sah ekau handa effa..haha

    BalasPadam
  2. khirin:p stdium astro je..kih kih kih

    BalasPadam
  3. hee..seri sudah :) mmng best tgk plwanan bola antara selngor & n9.. ;) yg terbaik..serangan yg bertubi2

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...