ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 28 April 2011

CONTEST ENTRI PALING KENCANG



   ..untuk contest ni saya cuba la...

 

cerita  ini sekadar GAMBARAN dari sebuah kisah  cinta yang panjang..diamana seorg lelaki menyintai seorang gadis bandar yang sudah pun berpunya,mereka berkenalan  sewaktu gadis itu dtg bercuti dikampung lelaki tersebut.. jika cinta mereka DIGAMBARKAN dalam sebuah perjalanan yang singkat ianya seperti dibawah..

ikutilah GAMBARAN kisah ini dalam cerita yang bertajuk...  

PAYUNG

___________________________________

 (cinta tak semestinya bersatu..kasih tak selalunya berpadu...tapi kenangan itu tetap segar dijiwaku.. )


Suatu petang yang suram di sebuah perhentian..Zulaika turun dari bas menuju ke satu jalan kampung yang sunyi.Leman memerhatikan Zulaika dari jauh dan kebetulan jalan yang yang dituju oleh Zulaika sama dengan jalan untuk Leman pulang.Leman mengekori setiap langkah wanita itu dari belakang dan adakalanya Leman cepatkan langkah agar dapat berjalan seiring dan bertegur sapa dengan Zulaika,tapi dalam hati  Leman tersembunyi perasaan takut dan malu.
 
Dalam kekalutan itu akhirnya Leman kumpulkan semangat dan kerberanian yang tak seberapa untuk menegur Zulaika dengan harapan teguran itu bersambut. Allahamdulilah.. salam Leman disambut dengan  senyuman yang manis dan reaksi Zulaika yang tidak sombong. 

Bermula saat itu mereka berbual dengan perbualan yang biasa digunakan manusia untuk berkenalan..Sedar tak sedar langkah semakin jauh dan terjalin satu persahabatan yang ikhlas.Dalam perjalanan itu Zulaika menerangkan kepada Leman yang seorang lelaki akan datang menjemputnya nanti.Leman terdiam seketika dan bertanyakan mengapa lelaki itu belum lagi sampai.sedangkan cuaca semakin mendung dan hari semakin gelap..dengan riak wajah kecewa Zulaika mengelengkan kepala, seperti ada sesuatu yang disembunyikan oleh zulaika..Leman rasa bersalah dan tidak meneruskan persoalan tersebut.Cuma leman hanya mampu memujuk hati Zulaika yang kemungkinan lelaki itu akan datang sekejap lagi.Zulaika hanya mengangungkan kepala.Dalam keadaan Zulaika yang masih membisu, Leman terus memberikan semangat kepada Zulaika dengan mengatakan setiap kesedihan dihujungnya ada kebahagiaan dan zulaika sedang menanti kebahagiaan itu.Zulaika  mengucapkan terima kasih kepada Leman kerana sudi memberikanya semangat.     

Dalam tidak berapa lama kemudian air hujan mula turun setitik demi setitik menimpa mereka berdua..Leman resah dan tak tentu arah bukan kerana hujan yang turun tapi kerana Zulaika..tiba-tiba Zulaika membuka beg yang ada disisinya dan mengeluarkan payung berwarna biru.Leman lega sekurang-kurangnya ia memadai untuk Zulaika menempuh hujan diperjalanan nanti.Leman terkejut dan timbul satu perasaan dihatinya apabila Zulaika meminta dia memegang payung itu,Leman keliru..tetapi Zulaika meyakinkan Leman dengan mengatakan dalam satu persahabatan di dalam satu perjalanan  harus berhujan dan berpanas bersama,mereka pun berjalan didalam satu payung yang berwarna biru.

Dalam hujan yang rintik-rintik itu ada masanya mereka bergurau senda dengan menarik payung ke arah masing-masing dan ada masanya leman meningalkan zulaika yang tidak berpayung..Mereka gembira dan ketawa bersama walaupun hujan.tetapi bagi Leman,Leman lebih gembira kerana dapat  mengembirakan hati Zulaika yang resah.Dan ada ketikannya dalam gurauan itu Leman terpegang tangan Zulaika menyebabkan mereka berdua terdiam seketika..perlahan-lahan zulaika menarik  tangannya.

Tapi hujan yang rintik semakin lebat angin yang lembut bertukar ribut dan Leman memegang erat payung di tangannya agar tidak diterbangkan angin.Dan adakalanya kenderaan yang lalu menyimbah air ke baju mereka menyebabkan Leman marah..Leman meneruskan juga langkah bersama Zulaika.Dalam hujan yang lebat itu Leman lebihkan payung ke arah zulaika kerana tidak sanggup melihat zulaika basah.Leman faham situasinya yang menumpang payung Zulaika dan dalam persahabatan Leman perlu berkorban.

Tidak jauh dari mereka berada,ada sebuah pondok kecil dihadapan sebuah masjid.Mereka berdua telah berjanji akan menunggu di pondok itu sehingga hujan berhenti dan Leman akan menemani sehingga teman lelaki Zulaika datang.

Kerana angin yang begitu kencang tiba-tiba salah satu dahan dari pokok di tepi jalan itu patah dan jatuh.. Leman sempat menolak zulaika sebelum dahan itu menimpa bahu Leman.Payung terlepas dari gengaman Leman.Zulaika yang dalam keadaan terkejut cuba membantu Leman.Tetapi Leman menolak dan meminta Zulaika mengambil  payung dan terus pergi ke  pondok yang dijanjikan.leman tidak mahu zulaika basah dan bersusah payah semata-mata untuk membantunya. Dengan berat hati Zulaika pergi juga.dengan langkah yang perlahan sesekali Zulaika menoleh melihat Leman yang rebah.

Leman pun berusaha untuk bangun dan jalan perlahan-lahan kearah zulaika yang sudah menunggu di pondok..sebelum sempat Leman sampai sebuah kereta yang  tiba dari arah belakang Leman berhenti di pondok kecil itu.Zulaika yang Leman kenali sepanjang perjalanan itu hanya mampu memandang Leman seketika sebelum menaiki kereta dan terus pergi meningalkan Leman sendirian didalam hujan
.
Akhirnya perjalanan itu terhenti kerana kekurangan yang ada pada Leman.Walaupun sukar untuk Leman terima tapi siapa Leman untuk mempertikaikanya.Bagi Leman setiap manusia tidak terlepas dari  melakukan kesalahan dan ada kalanya kesalahan itu lebih pedih dari kesalahan yang leman lakukan,tapi kerana cinta ianya tak diangap kesalahan tapi diangap kematangan.Leman yang dihina perkerjaannya dan dipandang tidak matang ini pun berjalan pulang sendirian.

Biarpun hujan dan ditambah penghawa dingin kereta namun masih tidak mampu mendinginkan hati Zulaika yang marah dan kecewa kepada Shamsul.Shamsul yang sedang memandu pula tidak henti-henti mengucapkan perkataan maaf kerana kelewatannya sampai untuk mengambil Zulaika.Akhirnya keadaan tegang itu reda apabila kesungguhan Shamsul mengakui kesilapanya  dapat melembutkan hati zulaika.Sedang dalam menyusuri jalan dengan Shamsul,Zulaika masih memikirkan tentang leman, bagaimanakah keadaannya sekarang?persoalan itu timbul dihati Zulaika.Perasaan simpati dan bersalah pada Leman sukar untuk digambarkan tapi apakandaya, Zulaika tidak mampu berbuat apa-apa.

Shamsul yang leka memandu adakalanya menoleh ke arah Zulaika yang sedang termenung jauh.Shamsul tahu apa yang sedang difikirkan oleh Zulaika.tapi Shamsul tidak boleh mempersoalkanya kerana tidak mahu menimbulkan pergaduhan.Bagi shamsul segalanya sudah berlalu dan Leman pun sudah jauh ditinggalkan.Walau apa pun berlaku selepas ini mahu tidak mahu Zulaika pasti menerima Shamsul kerana cinta zulaika kepada Shamsul amat kuat dan Leman tidak mungkin  kembali lagi.fikir Shamsul.

 2 minggu kemudian..
Leman duduk diatas pangkin didepan rumahnya,biarpun sakit dibahu nya sudah lama hilang namun kenangan bertemu Zulaika tidak pernah terpadam,bagi Leman setiap hari ada sejarahnya yang tersendiri bersama Zulaika.Andai kata seribu pisau pun yang menusuk dihati Leman cinta dan sayangnya tetap pada Zulaika walaupun kini Zulaika sudah menjadi milik orang.Dan jika suatu hari nanti zulaika menangis lagi,ingat lah setiap yang bersedih ia sedang menungu hari bahagianya dan berusahalah bersungguh-sungguh agar hidup kita tidak dipandang hina.

Namun jauh disudut hati Leman masih bersyukur dengan apa yang telah tersurat untuk dirinya.Mungkin benar kata orang setiap apa yang berlaku ada rahmatnya yang tersirat.Andai ditakdirkan perjalanan dulu diteruskan kemanakah arah tujuanya? dan bilakah atau bagaimanakah ia akan berakhir? mungkin banyak lagi persoalan yang bakal mendatang.Sampai bila Zulaika harus berahsia dari shamsul dan berupaya mengawal keadaan jika mereka teruskan bersama? sampai bila Leman boleh membenarkan zulaika dipimpin shamsul dalam keadaan leman mengetahuinya dan berapa banyak lagi kesalahan Leman yang hendak ditunggu oleh Zulaika untuk dijadikan punca perpisahan.?

Akhirnya tetap sama sahaja…dan kesudahan yang mudah untuk diteka..Budak kampung seperti leman tidak akan dipandang berbanding yang disana..selalunya cinta mengatasi segalanya..TamaT
 Sebelum tingalkan kisah ini dengarkan lah lagu ini ..lagu untukmu zulaika....

  

3 Pengkritik Yang Cuak:

  1. terima kasih join . erm kalau boleh tolong jarakkan antara 1 perenggan dengan 1 perenggan . jadi lebih nampak mudah untuk di baca . letak terlalu padat pening sikit . andai kata anda menang mesti ramai nak bace artikel awak kan . kalau tak menyusahkan laa ye .


    cheers :)

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...