BANDUNG - Mahkamah Tinggi Bandung menolak rayuan penyanyi utama kumpulan Peterpan, Nazril Irham atau Ariel berhubung hukumannya di bawah akta pornografi, semalam.
Ketua Hakim, Sjam Amansjah berkata, mahkamah tinggi menyokong keputusan mahkamah terdahulu yang mengenakan hukuman penjara tiga setengah tahun ke atas bintang pop itu kerana melanggar undang-undang ketat antipornografi di Indonesia.
"Keputusan mahkamah sebelum ini adalah tepat dan mahkamah tinggi mengesahkan rayuan Ariel untuk meringankan hukumannya ditolak dan pesalah akan kekal menjalani hukuman asal," katanya.
Ariel disabitkan bersalah atas tuduhan menyebarkan bahan pornografi, Januari lalu, beberapa bulan selepas rakaman video penyanyi itu mengadakan hubungan seks dengan kekasihnya, Luna Maya dan pengacara televisyen, Cut Tari tersebar di internet.
*kesilapan dalam pengajaran..porno apco je yg tk ke penjara..hehe