ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 24 April 2011

Najib jamin tidak tapis Internet



KUALA LUMPUR, 24 April — Datuk Seri Najib Razak ulangi jaminan bahawa pentadbirannya tidak akan mengambil pendekatan menapis kandungan Internet.
Sebelum ini ada dua usaha untuk memperkenalkan “Empangan Hijau” ala China untuk mengawal aliran kandungan Internet manakala sebahagian rakyat negara ini minggu lalu membantah langkah Putrajaya menyediakan akaun e-mel 1 Malaysia.
Tetapi ia telah diketepikan oleh Kabinet Najib.
Perdana Menteri berkata kerajaan mengiktiraf yang demokrasi digital terbuka adalah jalan ke depan bagi Malaysia sambil mengisytiharkan bahawa negara mempunyai dunia blogger paling ‘segar’ dan bebas.
Kata Najib (gambar), beliau tidak pasti mengapa kerajaan-kerajaan lain bertindak tegas terutama jika apa yang diperkatakan menerusi Internet adalah sesuatu menyakitkan.
“Tetapi bagi pihak kerajaan saya sendiri, saya boleh mengatakan dengan jelas bahawa kami tahu yang ia (internet) adalah jalan menuju ke hadapan,” katanya ketika berucap merasmikan persidangan Blogger Serantau Malaysia-ASEAN yang pertama di sini hari ini.[malaysia]

*bagus la macam tu..demokrasi terpimpin...cuak aku btul ke ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...