ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 26 April 2011

MCA: Perkasa, Utusan hakis sokongan Cina BN

KUALA LUMPUR, 26 April — Ketua Publisiti MCA Datuk Heng Seai Kie mendakwa Utusan Malaysia dan Perkasa yang menyebabkan Barisan Nasional (BN) kehilangan sokongan masyarakat Cina sejak 2008.
Oleh itu beliau juga menggesa Kementerian Dalam Negeri agar mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysia kerana mengesyorkan gelombang “1Melayu, 1Bumi” yang mana disokong Perkasa walaupun ditolak penaungnya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Heng memberitahu The Malaysian Insider bahawa akhbar milik Umno itu secara berterusan menerbitkan artikel yang bersifat perkauman dan ia akan memberi kesan kepada perpaduan negara.
Kami fikir jika ia satu trend, yang diamalkan Utusan (Malaysia), ia bukan hanya akan menyebabkan parti masyarakat Cina terutamanya dalam BN tetapi juga kepada perpaduan negara. “Lantaran itu, kami harap menteri peka dalam hal ini dengan mengambil tindakan untuk melindungi kepentingan rakyat dan negara,” kata beliau.
“Saya rasa perkara ini sudah berlanjutan terlalu lama, dan kami tidak (mungkin) ada keputusan 8 Mac (pilihan raya umum 2008) atau pilihan raya Sarawak di mana BN kalah di kawasan pengundi Cina,” katanya merujuk kepada pilihan raya umum 2008 dan terbaru pilihan raya negeri Sarawak.[malaysia]


*memang dah terkenal utusan meloya punya trend..MCA tekejut ke buat2 tekejut...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...