|  
 
  |  
| kata2 yg mnhina sultan kelantan |  
 KUALA  LUMPUR, 22 April:  Persatuan Anak Kelantan Darul Naim Di Selangor dan  Kuala Lumpur  (Persada) semalam membuat satu laporan polis terhadap  seorang pemuda  yang didakwa menghina Sultan Kelantan di Facebook. 
 
Laporan  itu  dibuat di Balai Polis Lembah Subang, Petaling Jaya bagi menggesa   tindakan tegas diambil terhadap individu bernama Sulaiman Ali Sulaiman   kerana didakwa menulis kata-kata kesat dan lucah terhadap Tuanku   Muhammad Faris Petra. 
 
Presidennya, Ali Hanafiah Mohammed dalam   satu kenyataan yang dikeluarkan di sini berkata, sebagai raja yang   dilindungi oleh Perlembagaan negara, Sultan tidak seharusnya dilibatkan   dalam isu-isu tertentu apatah lagi dalam bentuk penghinaan. 
“Ini bukan kali pertama  Raja kami dihina, penghinaan terhadap raja kami adalah penghinaan terhadap kami,”  tegasnya. 
Selain   menghina Sultan, Sulaiman Ali Sulaiman melalui paparan Facebooknya  juga  dilihat banyak menghentam Pakatan Rakyat termasuk menggunakan  kata-kata  kesat. 
 
Beliau juga turut menghina rakyat kelantan yang didakwanya sebagai 'bodoh'. 
Persada,   sebuah NGO anak Kelantan kata Ali, tidak akan membiarkan perkara itu   terus berlaku dan akan sentiasa berdiri teguh dan mempertahankan Sultan   Kelantan sebagai payung pemerintah negeri yang berdaulat. 
Beliau   sehubungan itu menggesa pihak polis, Suruhanjaya Komunikasi Malaysia  dan  Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan segera terhadap  individu  berkenaan kerana tidak menghormati institusi diraja. 
Turut   mengiring Presiden adalah setiausahanya Razali Mat Ail, Penolong   Setiausaha, Norfadhilah serta ahli jawatan kuasa Azihan Che Seman, Nur   Izzah Daud dan M  Shukrey. 
 
*cuak aku..jawab la sendiri... lu pk la...  |  | 
 
Lain-lain artikal dari Pelik