Pelakon dan pengacara AC Mizal yang menyerah borang keahlian Umno hari  ini, berkata beliau sebelum ini ditawar menyertai sebuah parti  pembangkang serta dijanjikan jawatan tinggi.
Bagaimanapun, katanya, beliau menolaknya kerana tidak bersetuju dengan dasar yang diperjuangkan oleh parti berkenaan.
"Adalah  sukar untuk saya menerima pelawaan menyertai parti tersebut kerana saya  dibesarkan dengan perjuangan Umno yang popular dengan slogan 'Dulu,  Kini dan Selamanya...
"Tambahan pula saya langsung  tidak bersetuju ataupun serasi dengan dasar perjuangan yang didukung  oleh mereka," katanya kepada pemberita.
AC Mizal, 40, yang juga ahli perniagaan, menyerahkan borang keahlian  kepada Ketua Umno bahagian Ipoh Barat, Datuk Shamsuddin Ghaffar. 
    
Bercakap  kepada pemberita, AC Mizal berkata beliau menyertai Umno kerana selari  dengan perjuangannya dan selepas dipelawa oleh ketua Pemuda bahagian  Ipoh Barat, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi.
    
"Saya  terus menerimanya kerana selama ini saya lihat (Umno) begitu komited  dalam perjuangan demi menegakkan keadilan," katanya kepada pemberita di  program anjuran Umno bahagian Ipoh Barat.
AC Mizal berkata beliau akan bergiat secara ikhlas dan telus sebagai  seorang ahli biasa Pemuda Umno dan tidak berhasrat untuk merebut jawatan  di dalam parti.
    
"Saya berniat untuk bergerak  secara aktif dalam pergerakan Pemuda walaupun usia telah mencapai 40  tahun pada tahun ini tetapi bagi saya masih belum terlambat bagi  membantu parti yang menjaga negara sejak ia ditubuhkan," katanya.
    
*cuak aku..dengar tu ac cakap apa...umno parti yg menegakan keadilan..semoga tegak balik perniagaan gelang....
Ahad, 24 April 2011
AC Mizal pilih Umno, tolak sertai pembangkang
Lain-lain artikal dari Politik
AC Mizal pilih Umno, tolak sertai pembangkang
2011-04-24T18:38:00+08:00
arituarini
Politik|
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
