KUALA LUMPUR: Terdapat banyak percanggahan antara kenyataan yang  dikeluarkan pihak Polis Diraja Malaysia dan kenyataan yang dibuat salah  seorang Trio Datuk T, Datuk Eskay Shazryl Abdullah berhubung video seks  palsu membabitkan Ketua Pembangkang.
Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata  
“Eskay sebut kepada saya (kejadian itu) berlaku di Club House. Itu dia sebut kepada saya. Saya tidak tahu kalau dia sebut hotel kepada media.
“Polis tak perlu pergi jauh-jauh pun. Pergi cari mana-mana club house dulu.
“Tetapi polis kata kondo, mana yang betul. Saya tak nak mengajar  polis. Polis sepatutnya mendapatkan ketetapan Eskay dulu, kenapa susah  sangat.  Kecualilah kalau mereka mahu melindungi sesuatu,” katanya  ketika dihubungi keadilandaily.com.
Johari turut mempersoal kenyataan Polis bahawa pelaku wanita dalam video berkenaan adalah seorang pelajar swasta di ibu negara.
“Eskay kata pelacur, kemudian polis kata student. Yang mana  betul ni? Sebab itu saya minta polis supaya siasat dulu, kerana lagi  banyak buat statement lagi banyak nampak tembelang mereka,” katanya yang  juga anggota Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN.
Johari adalah satu-satunya ahli parlimen Pakatan Rakyat yang ditunjukkan rakaman video seks itu oleh Trio Datuk T
Namun beliau menafikan sekeras-kerasnya pelaku lelaki dalam rakaman video berkenaan adalah Datuk Seri Anwar Ibrahi.
Justeru Johari ketika dihubungi memberi amaran kepada pihak polis supaya  tidak bermain politik dan laksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab  serta profesional.
*cuak aku..polis tak main politik tapi politik yang mainkan polis..arrrhhh pening2 mana satu betul ni..hehe 
Isnin, 25 April 2011
‘hotel dan pelacur’.ke ‘kondo dan pelajar’
Lain-lain artikal dari Politik
‘hotel dan pelacur’.ke  ‘kondo dan pelajar’
2011-04-25T01:52:00+08:00
arituarini
Politik|
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
