Polis telah  memperolehi bukti yang mencukupi untuk mengenalpasti individu yang  dikaitkan dalam video seks, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail  Omar.
Katanya, polis membuat kesimpulan itu berdasarkan fakta penyiasatan yang dijalankan pasukan itu."Berdasarkan siasatan kita, kita percaya kita tahulah siapa di dalam video itu. Ini berdasarkan fakta-fakta yang ada pada pegawai penyiasat," katanya dalam satu sidang media hari ini.Ismail bagaimanapun enggan mendedahkan identiti individu terlibat.
Ketika  ditanya, beliau juga enggan mendedahkan sekiranya polis telah  mengenalpasti sama ada video berkenaan dirakamkan di dalam atau di luar  negara.
"Saya rasa yang penting ialah kesahihan video itu, maknanya ia bukanlah diadakan, (atau) superimpose. (Sama ada) buat di Malaysia ke, yang penting ialah kesahihan.
Ditanya lanjut, beliau turut mengesahkan bahawa siasatan polis kini masih di peringkat dalam negara.
Dalam  pada itu, beliau turut diminta menjelaskan sekiranya polis berkuasa  untuk bertindak sekiranya rakaman video berkenaan dijalankan di luar  negara.
Beliau ditanya  demikian memandangkan satu video pendek yang dikatakan sebagai  sebahagian daripada video seks berkenaan mempunyai tulisan dalam bahasa  Thai.
Video pendek berkenaan disebarkan di Internet oleh seseorang yang tidak dikenali sejak awal bulan ini.
Ismail berkata, perkara itu "terserah kepada kebijaksanaan polis" dalam menjalankan tugas mereka.
"Ini  melibatkan keterangan. Bila melibatkan keterangan kita ada Akta  Keterangan yang kita harus patuhi, kita kena menepati semua prosedur  (siasatan)," katanya.
Beliau turut meminta supaya pihak media tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan.
Siasatan ke atas kes berkenaan dijangka selesai menjelang minggu depan, katanya lagi.[malaysiakini]
*jgn buat spekulasi..kluarkan knyatan wat spekulasi.. 
